Aktiviti hujung minggu – Gathering dengan Ex-Blogger. Kiranya blogger bersara (itu kata mereka)
Baru-baru ini, Bro dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan blogger yang telah bersara dari arena blog. Kebanyakan mereka dulu amat aktif pada tahun 2010-2011 zaman kebangkitan Group Sahabat Blogger.
Kenapa mereka menyepi? Ke mana mereka menghilang?
Rupa-rupanya kebanyakan mereka sudah habis belajar dan ada yang sudah berkerja. (Sila abaikan budak yang masih belajar dan tak sudi ajak akak datang sama).
Ada juga yang sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.
Ada juga yang bakal menamatkan zaman bujang mereka.
Erm alahai adik-adik ku sekalian… Kadangkala dok fikir, macam mana gua boleh masuk dengan korang yang memuda ini. Maybe sebab isteri gua masih muda kot he..23x
Ada juga yang makin jadi retis sekarang nie.
Susah nak ambil gambar berdua. Untung la masuk rancangan Primadona. Dengar cerita nak tamatkan zaman bujang juga nie.
Ada tak blogger yang korang kenal?
Masing-masing dah terserlah kematangan memasing.
Ini pula gambar sewaktu mereka bercamping dekat rumah bro 3 hari 2 malam sewaktu tahun 2011.
Ada tak nampak perubahan? Ke dulu kini sama je… Bro je nampak berbeza he…23x
Bro datang agak lewat juga.
So tak dapat nak join mereka lunch dan karaoke.
Aktiviti yang sempat Bro bersama mereka adalah bermain lasertag.
Bajet nak main 2 game. Bro cakap, “rugi main 2 game, baik main 3 game. Dapat harga murah jika ada student card”
Dan-dan sorang-sorang keluarkan student card memasing. Oh tak pe, korang muka memang masih nampak macam student lagi. Bro? Nampak macam bapak orang dah. Tak boleh nak adjust.
Macam biasa, star macam gua tak main. Bagi can dekat puan isteri, gua jaga anak.
Sian gua tengok dorang semua kena lauk dengan budak-budak. Habis main je, meleleh peluh jantang sorang-sorang. Baru korang tahu bertapa nikmatnya main lasertag ini. Lagi-lagi main dengan budak-budak.
Ada rezeki, next time kita jumpa lagi.
Tapi jangan ajak pergi Bangi… Itu aja…
JIka ada lagi macam ini, jemput saya. Teringin nak join sama
Insya’lah tapi selalunya bukan bro yang incharge..
hahahaha..kalau saya kawen kat bangi…bro kena datang bangi gak la..kakaka :) anyway…really have good time dgn semorang
Kalau kawen xpe.. Fisha merengek, bro terus blah je he..23x
alahai…
bagusnya..
gathering..
hope dapat ruang gather sesama bila tiqah turun kl nanti.
InshaAllah.. :)
Bila tiqah nk turun kl?
Wahh jumpa dengan blogger2 yang dah bersara. Bestnya. Kirim salam kat mereka ye Bro. Hehehhehehe
Jumpa dorang je senang.. nak jumpa Ainaa macam susah je.. retis
Alahai bro nape dorang perlu bersara blogger… Kan tak sampai umur bersara wajib lagi tu :))
kerajaan tak de bajet untuk teruskan kontrack dorang nie… mereka lebih pentingkan panda dari blogger ini he..23x
best tu main lasertag..bila bleh main gak ni..
Meh la… bro selalu je ajak main lasertag, tapi ramai pula yang x boleh nk join…
hari tu TH ajak join.. tapi tak dapat.. jelesnye bro.. nanti buat la lagi.. rindu nak lepak dengan korang..
Tue la.. sape suruh x dapat join… bukan senang nk tgh TH ajak orang he…23x kalau ajak lepak Bangi tue iye la
Alahai… Kesian dekat Bro tak dapat main Lasertag, sebab terpaksa jaga anak… Xper bro, sifu memang macam tu… Tak nak tunjuk kehandalan depan anak didik…
Bukan xnak tunjuk kehandalan.. tapi sian tengok dorang kena lauk dengan budak-budak kecik…
dah la mak budak kecik tue boleh tahan gak la… kot2 ada yang nak jadi anak ikan dia kot
Kenapa semua kiut miut ni..hehe…bila dpt main lasertag ni
Sebab yang x kiut miut macam nadia xjoin he…23x
wahh..seronok gler aktiviti bersama cengini
bro apa tips nak kekalkan sahabat blogger macam ni ek?
Bestnya..rindunya nak gath blogger lagi..dlu zaman2 aktif bestnya..nant maira nak join jgak bro..
Ex-Blogger ni dah kira group tersendiri ini. Memang ramai ex-blogger sebab tetiba hilang mood nak menulis tapi sayang sebab blog adalah salah satu ruang perkongsian ilmu.