17,168,827 total views, 2,347 views today

Dapatkan Nombor Akaun 10 Digit CIMB Bank

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Sistem CIMB dikemaskiniBaru-baru ini pihak CIMB telah membuat selenggaraan pada sistem mereka selama lebih kurang 3 hari. Ini menyebabkan keseluruhan sistem perbankan CIMB tak boleh guna dalam tempoh waktu tersebut.

Dari ATM sehingga ke Online Banking.

Walaupun perkara ini hanya terjadi kepada CIMB, Maybank juga mendapat kesannya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin bahawa Maybank juga menghadapi perkara yang sama seperti CIMB.

Ramai pula yang percaya. Itulah pengaruh dunia media social – facebook, blog, twitter etc.

Selepas tempoh penyelenggaraan selesai, terdapat sedikit perubahan terhadap no akaun pengguna yang sedia ada. Dari 14 digit kepada 10 digit.

10 Digit No Akaun CIMB Bank

Sumber gambar : Anarm (Banyak gila duit dia kan he..23x)

Disini merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak CIMB mengenai perubahan nombor akaun ini.

Pihak CIMB telah menaiktaraf sistem akaun beliau dari 12 atau 14 digit kepada nombor akaun 10 digit. Apabila anda log masuk ke CIMB Clicks, anda akan melihat bahawa semua nombor akaun anda akan mempunyai nombor akaun 10 angka baru (sebelum ini, nombor akaun terdiri daripada 12 hingga 14 digit).

Sila gunakan nombor akaun baru untuk semua transaksi bergerak ke hadapan. Nombor akaun lama anda akan beroperasi kecuali untuk Perbankan Telefon dan MyMobile. CIMB masih lagi melaksanakan transaksi dan permintaan untuk perkhidmatan anda dengan nombor akaun lama anda.

Walau bagaimanapun, semua saluran perbankan, penyata dan surat-menyurat akan memaparkan nombor akaun baru bermula 3 Februari 2014 dan seterusnya.

Bicara Bro : Dari dulu kurang gemar dengan CIMB, sebab boleh buat orang konfius. Satu isu no akaunnya ada yang 12 digit dan 14 digit.

Yang kedua pula, no akaun dorang bermula dengan “0”. Bila bro buat report untuk pembayaran projek kepada blogger. Bro masukan no akaun dalam excel. Excel automatik hilangkan nombor “0” pada pangkal no akaun. So bila bro transfer, akaun tak valid (jika dari CIMB).

Jika dari Maybank, mula la blogger bising, napa payment dorang tak dapat he..23x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 thoughts on “Dapatkan Nombor Akaun 10 Digit CIMB Bank

  1. kena pi update la mcm ni….SA nyer biz mmg guna account cimb…

    1. Buka je CIMBclicks… dekat sana dia dah paparkan no akaun baru kita

  2. a ah akaun auto dh bertukar no .. sesapa yang kita add kat fav tu auto dh set pd no mereka juga .. cuma if dr mbb ke cimb tu mmg x cek pulak .. kene set semula la gamaknya .. takut gak terlangsung ke sistem duit tu x masuk akaun kita ..

    Nat pernah hadapi top up no kawan yg entah kenapa tetiba sistem dia terkehel .. smpai sudah cimb tak pulangkan top up yang tak masuk2 kat no tu … huhuhu .. asik la dia kata nanti try lagi .. nnt try lagi .. nanti repot lagi .. nanti repot lagi .. nak top up skrg hanya no sendiri .. no org cimb xkan refund .. walhal mmg patut dia refund .. walau RM10

    1. Kalau Maybank, rasanya mereka akan refund balik, kecuali termasuk dekat no orang lain.

    2. Btol2.. Nat xpernah ada masalah ngan MBB dr awal MBB2U berfungsi.

  3. Nampak gaya ke pi CIMB untuk dapat nombor akaun yang baru.

    1. Boleh check di website mereka

  4. digit yang makin sikit..okaylah kot…hee

    1. Kalau makin banyak… tak larat nak ingat

  5. Semalam try bank in k akaun sendiri, nombor akaun lama masih lagi boleh digunakan

    1. Yup, no akaun lama masih lagi boleh digunakan… eh try bank in guna mesin ke online?

  6. dah jadi satu kerja nak kena hafal nombor baru ni. dah la nombor lama lama gila baru dapat hafal..haiya..

    1. Nombor lama, lama gila baru dapat hafal..

      Nombor baru, baru gila lama dapat hafal <- twist the word

  7. patut kawe tak tahu,,, kawe tak ada akaun CIMB 🙂

    1. Lu kaya, main akaun luar negara je kan

  8. Sedang cuba untuk hafal nombor baru akaun CIMB.. Walaupun 10 digit tapi rasa susah giler nak ingat.. mungkin sebab dah terbiasa guna nombor lama yg 14 digit..

    nombor baru tak cantik..

    1. Boleh request no dekat dorang tak macam kita beli no telefon

  9. nombor pun dah bertukar…kalau duit bertukar lebih banyak kan lgi seronok

  10. Masuk kali ini, 2x CIMB tukar no akaun DN… Malas nak ingat dah… Huh….

    1. He…23x Sama gak, masuk kali ini, dah beberapa kali hilang no tepon deqnoor. Sebab itu la xde msj dari Bro masuk kedalam tepon deqnoor 🙁

  11. Sekarang ni perkhidmatan cimbclick dah makin senang dan lebih seronok dari guna maybank2u

Leave a Comment