Akhirnya sampai juga turn pengapit (sewaktu majlis perkahwinan Bro di Parit Raja) mendirikan rumah tangga.

Patutlah 2-3 bulan nie memang susah nak jumpa mereka berdua.

Asal contact je, balik Kelantan.

Asal contact je, balik Kedah.

Asal contact je, tak berbalas.

Sms tak berbalas (eh pernah ke Bro sent sms?), facebook mesej pun tak berbalas (ada balas tapi berhari juga la).

Tak apa, Bro faham perasaan orang yang nak kahwin. Bro dulu hp pun letak merata-rata.

Apa-apa pun wel kome to da group dan maaf sangat tak dapat datang ke majlis korang di sebelah Kelantan.

Sebenarnya…..

Sebenarnya saya isteri dia… he..23x

Tak la, sebenarnya Bro terlupa majlis perkahwinan korang. Korang cakap lepas raya, tak sangka betul-betul lepas raya.

Itupun selamat orang roger tanya Bro pergi ke tak majlis perkahwinan korang dekat Kelantan hari nie.

miekael akad nikah kelantan

Alhamdulillah dengan sekali lafaz je mu jadi suami orang dah.

Sure berdebarkan. Tak pe, Bro tahu mu ok je. Tak de hal punya la. Nanti mintak Dkna tulis dekat blog pasal pengalaman mu sewaktu akad nikah.

Ini pula pengalaman Bro Akad Nikah tempoh hari (kalau ada yang nak baca).

miekael dkna abza kahwin

Persoalan disini,

Awat Miekael tersenyum macam tue? Dan esok, siapa pula yang akan tersenyum.