You are here
Home > Pengalaman > Gambar Majlis Pernikahan Broframestone Dan Iera Kan

17,421,309 total views, 3,130 views today

Gambar Majlis Pernikahan Broframestone Dan Iera Kan

Sudah seminggu selepas majls akad nikah Bro dan pasangan hidup, Iera Kan.

Hari ini, baru ada kesempatan nak update gambar mengenai majlis pernikahan yang telah berlangsung di Batu Pahat.

Majlis pernikahan ini tidak dilakukan secara meriah, cukup ala kadar dengan kehadiran keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak.

Bro telah dinikahkan oleh Imam Sazali.

Rasanya dia lagi muda dari Bro. Tetapi memang sporting habis punya. Setakat nak melawak atau berseloroh memang sesuai sangat.

Sekurang-kurangnya boleh hilang nervous nak akad nikah.

Dan sampai saat-saat yang dinantikan iaitu akad nikah. Suasana menjadi senyap, masing-masing nampak serius dan ada yang seperti tengah menahan nafas.

Dengan lafaz “Aku nikahkan/kahwini dikau dengan ……… Tunai”

Dan Bro sambut dengan lafaz “Aku terima nikah….. Tunai”

Imam Sazali bertanya pada saksi-saksi yang ada, dan perkataan yang diungkap oleh mereka adalah “Sah”.

Maka dengan sekali lafaz, Bro sah menjadi suami kepada Iera Kan dan beliau sah menjadi isteri merangkap tanggungan Bro.

Memang meleleh air mata Bro saat itu, waktu doa dibaca Bro masih lagi menyapu lelehan air mata yang mengalir deras.

Ini bukan cerita yang bro reka sendiri. Tetapi ini yang terjadi pada diri Bro. Terasa air mata yang keguguran dari mata bro seperti gugurnya dosa-dosa yang bro pikul selama ini.

Selepas itu, Imam Sazali bertanya, “Nak buat solat sunat atau sujud syukur” dan Bro pilih solat Sunat.

Dalam doaku ada kamu.

Start saat ini dalam doa pasti Bro akan sertakan sekali “Ya Allah, ampunkan dosa ku dan dosa isteriku, Nazirah….”

Dan itu yang akan bro nyatakan dalam setiap doa.

Sambil bro solat, isteri bro pula sign borang apa yang patut.

Kenapa tiada borang kebenaran untuk berpoligami diselitkan sekali. Jika ada, nanti senang sikit.

He..23x gurau je. Bro sayang sangat pada dia. Macam tak sanggup nak melukakan hati dia. Biar Bro yang mampu buat dia tersenyum dan memulakan hidup baru.

Selama ini, beliau selalu menangis. Dan mungkin dengan kehadiran bro mampu memberi kekuatan kepada dia untuk memulakan hidup baru sebagai seorang isteri dalam hidup bro.

Bicara Bro : Tangan ini yang akan melindungi mu, menjaga mu, memberi nafkah untuk mu, mendidik mu dan juga memikul tanggungjawab sebagai suami kamu.

Ingat pesan ini wahai isteri ku.

Kerana kamu merupakan tulang susuk kanan ku yang akan berada disisiku selagi tiada panggilan dari Dia yang Maha Esa

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

36 thoughts on “Gambar Majlis Pernikahan Broframestone Dan Iera Kan

  1. Alhamdulillah.tahniah juta2 lemon untuk Bro dan Iera.moga bahagia di genggam hingga ke syurga.berkahwin kerana ibadah,selamat hidup dunia akhirat……selagi tahu tanggugjawab,peranan kita,InsyaAllah kekal bahagia dan sentiasa dlm rahmat Allah….. 🙂
    pesanan dr seorang adik ….. ^_^

  2. tahniah diiiiiik!!! Akak doakan kamu sentiasa bahagia, di murahkan rezeki…kisah kamu akak simpan dlm poket hahaha…nnt nk blogging la pasal kamu ni…dah lama rupanya kita kenal kan ^^

  3. Tanniah Bro!

    Sweet betul la bila Bro melafazkan cinta pada isterimu:

    Tangan ini yang akan melindungi mu, menjaga mu, memberi nafkah untuk mu, mendidik mu dan juga memikul tanggungjawab sebagai suami kamu.

    Ingat pesan ini wahai isteri ku.

    Kerana kamu merupakan tulang susuk kanan ku yang akan berada disisiku selagi tiada panggilan dari Dia yang Maha Esa

    Once again, Congratulations

  4. Huwaaa….akka dah syahdu nie. Ikhlasnya. Semoga kalian sentiasa saling mencintai dan berbahagia di dalam lindungan Allah selamanya.

Leave a Reply

Top