20130721-130119.jpg

Pernahkah anda bermain permainan baling selipar waktu kecil dulu?

Ala permainan yang memerlukan anda susun 3 selipar jadi bentuk pyramid dan pihak lawan perlu baling satu selipar untuk menjatuhkannya.

Waktu kecil Bro selalu main dengan adik beradik. Nak main dengan member sekampung, Bro agak kurang rapat dan mereka ada aktiviti sendiri.

Nak main jejauh, risau mak marah (mak bro lagi garang dari ayah – kot). Ayah Bro pula harap seminggu sekali baru nampak muka. Sebab dia kerja atas kapal korek.

Lagi satu, Bro tak berani nak tegur atau pandang muka ayah.

Maka waktu sekolah menengah Bro sekolah di SMK Anderson dan duduk di asrama.

Ada waktunya, kami dikehendaki melakukan aktiviti riadah.

Abang senior pula dah conquer meja ping pong, gelangang takraw, padang bola dan turf hoki.

Siap dekat koridor depan dorm pun dorang boleh main hoki. Patutlah SMK Anderson banyak lahirkan atlet hoki kebangsaan.

Maka kami yang junior ini (kebanyakan kami datang dari seluruh pelusuk negeri Perak – kampung punya) so permainan baling selipar ini menjadi pilihan. Port semestinya depan Surau asrama.

Ini zaman Bro form 1 & 2 je. Naik form 3 Bro banyak habiskan waktu dipadang sekolah, training olahraga sehingga Bro mengalami kecederaan dan tidak dibenarkan menyertai mana-mana olahraga luar. Takat mewakili rumah sukan je sampai form 6.

Nail form 4 – 5, bro habiskan waktu training untuk silat, bowling padang dan memanah.

Waktu form 6 baru dapat rasa jadi atlet negeri dalam sukan yang Bro amik.

Dan bro dilantik jadi jurulatih muda silat untuk gelangang sekolah Bro dan juga sekolah sebelah – SMK Teknik Leboh Cator (dapat gak cuci mata dengan awek sekolah ini sebab sekolah Bro semuanya adalah lelaki)

Begitu juga bowling padang, Bro ajar skuad sekolah Bro dan satu sekolah perempuan (lupa dah, atas permintaan cikgu mereka)

Memang kenangan semua itu.. Sekarang nie? Hanya mampu main game dekat hp je (tapi bukan Candy Crush). Tak pun, main kejar-kejar dengan isteri.