Risaliza Asari, bukan nama sebenar.

Comel cute orangnya dan pandai masak (bro akui dengan kenyataan ini) + kenkadang nampak macam kelam kabut orangnya.

Petah berkata-kata walaupun kadangkala kalah juga bila lawan mulut dengan kawan baiknya Anna Nuruljannah (bro sendiri pun kalah if lawan mulut dengan keluarga dia).

Merupakan rakan blog bro since 2008 dan rapat dengan bro (kadangkala dah macam keluarga la pulak), dan bro panggil dia Mek (nie si Sab yang ajar bro tau)

Alhamdulillah,

baru-baru ini beliau selamat diijab… eh dipertunangkan kepada insan yang bernama Sham. Dah jadi tunangan orang dah budak ini.

Jom layan beberapa gambar semasa majlis pertunangan beliau.

Bergayut kejab sambil dimake over oleh mak andam.

NIe bergayut dengan siapa nie ek? Bukan dengan bro ke? Oh dengan cik abang, patut la xnak sembang lama-lama dengan Bro.

Majuk kejab.

Masa bro call hari tue, bro masih lagi dalam perjalanan dari Johor balik ke KL. Memang tak larat nak lajak ke Sabak Bernam.

Kan manis orangnya,

Selama nie jumpa bro muka comot je. Cam budak-budak he..23x

Acara menyarung cincin sebagai tanda ikatan pertunangan.

Selamat muat ek mek he…23x

Cium amik berkat :)

“Jaga anak makcik leklok”, pesan bakal mak mertua.

Gambar bersama tunangnya.

Bro suka gambar ini, terlalu dramatik. Eh, apa yang korang sembangkan tue.

Bro lupa nak tanya, bila majlisnya?

Minta maaf sesangat bila xdapat nak datang ke majlis kamu, sedangkan kamu 2 bulan awal dah ajak bro untuk datang. Terima kasih sebab faham situasi bro :)

Hope tahun ini, masih buat open house lagi. Dengar cerita housemate kamu Siti Qumariyah nak masak untuk bro sekiranya kamu buat open house.

Sebab dia cakap, ini perluang terakhir untuk bro rasa masakan dia sebelum dia jadi isteri orang.

Sorang-sorang langsung nie. Bro juga idak, mek la nie…. Tak nak kenalkan bro dekat member awal-awal. Dah la lalink jadi milik orang tanpa bro ketahui.

Pe-pe pun moga berbahagia buat korang semua. Majlis jemput ek. Insya’lah bro akan datang. Ke majlis bro dulu yang korang kena datang.

Bicara Bro : Bro rasa, masakan si mek sedap sebab dia bercakap sambil memasak kot.

Tak pun, masa dia masak.. BFF dia, Anna Nuruljannah ada disebelah sambil bercakap tak berhenti-henti.

Tertiba rindu nak lepak dengan korang semua.