Bro tak kenal dia ke? Dia itu blogger popular. Tak kan la bro tak kenal.
Maaf, bro memang tak kenal dia, bro mintak maaf sesangat.
Itu salah satu dialog yang pernah bro perkatakan baru-baru ini bila bersembang dengan kenalan blogger sambil usha blogger-blogger dihadapan bro.
Dunia blogging nie luas.
Popular?
Apa yang ada dengan kepopularan? Jika hanya popular dalam golongan blogger melayu sahaja (itupun dalam puak-puak tertentu).
Lebih kurang macam syok sendiri pun ada.
Ada blogger cakap bro nie popular + sombong. Lepas itu tak nak mengaku yang bro ini popular.
Perlu ke bro mengaku bro ini popular, sedangkan ramai blogger diluar sana yang tak mengenali bro.
Bro sombong?
Bukan bro tak nak tegur korang, bro sendiri pun tak kenal korang. Adakah korang nie blogger, kenalan facebook atau member-member bro.
Jangan bajet orang akan kenal anda (bukan bro sahaja) jika muka korang dengan muka dekat blog + facebook tak sama. (Bajet retis, dok pakai muka orang lain)
Bro teringat cerita dari Ben Ashaari.
Apabila ada seorang blogger yang Ben sendiri nak jumpa dan interview dia. Tetapi dia sendiri tak kenal siapa itu Ben Ashaari.
Ramai yang cakap Ben Ashaari itu popular, tetapi kenyataannya dia sendiri mengaku ramai lagi yang tak mengenali beliau.
Tapi bagi bro, Ben Ashaari pandai meletakan nama dan blog dia disatu tempat dimana bukan blogger sahaja kenali beliau tetapi masyarakat juga mengenali beliau.
Tak kisah melayu, cina atau india.
Itu yang bro nak.
Kadangkala bro terfikir sendiri. Kenapa ada juga blogger yang berpakat nak jatuhkan blogger lain. lagi-lagi blogger yang sebangsa.
Siap bro dengar cerita ada kumpulan blogger yang anti kepada beberapa blogger termasuk bro sendiri. Sedangkan tindakkan korang sedikit pun tak memberi kesan kepada bro (orang lain bro tak pasti).
Sebab bro tahu yang baca blogger bro bukan blogger sahaja.
Rasa terharu tertiba ada pembaca blog bro ajak berjumpa, ada yang jemput pergi sana-sini. Bila ditanya, mereka bukannya blogger.
Siapa mereka?
Biarkan ianya rahsia. Nanti korang pula yang terkejut.
Apa-apa pun terima kasih bro ucapkan sebab korang sudi baca blog bro yang simple dan terlebih merapu-merapan (term yang bro dah lama tak gunakan 2007-2009)
Baru-baru ini, bro ada berjumpa dengan beberapa orang blogger yang bukan melayu.
Mereka sedikit pun tak segan nak bertegur sapa dengan bro. Dorang mengenali bro walaupun bro kurang mengenali mereka. Sekurang-kurangnya bertambah lagi kenalan bro.
Hidup hanya sekali, tak salah kita mengenali orang lain dari menidak iyakan orang lain. Kerna korang kena sedar, korang bukan sesiapa didunia ini tanpa adanya orang lain.
Bicara Bro : Bro menulis bukan nak kejar trafik mahupun glamour semata-mata. Tapi ini kerjaya bro, tempat bro cari makan.
Bro tak akan sesekali musnahkan seesuatu yang bro bina sejak tahun 2006 iaitu nama broframestone dalam dunia blogging.
Kalau sibuk krn mende lain x pe…jgn sibuk krn nk jatuhkan org lain tu yg x bagus tue…..
Mu sibuk-sibuk nie, bila nak lepak dengan bro.. lama tak jumpa nie
hehee.. populariti tu subjektif la kan.. hehe… ^_^
yup, terlalu subjektif..
nt nk popular kat seluruh dunia..baru gempak..hehe
Nak popular satu dunia pun boleh jika kena dengan caranya
ramai kwn luas pengetahuan.. saya setuju dengan pendapat bro ni. pasal dengki mendengki tu, tak boleh nak kata apa.. org kutuk kita? biar tuhan yang balas..thanks bro :)
bro tak kisah pun orang nk kutuk bro. Cuma kasihan je dengan mereka ini..
Kalau boleh xnak mereka menerima apa-apa balasan..
menulis blog kerana mencari duit adalah tak sama dengan menulis blog kerana mencari populariti.. betul tak bro? bila kita menulis blog kerana duit, kita akan buat sesuatu itu dengan berusaha sesungguhnya dan penuh keikhlasan
Boni…su sokong,,,100/200%
Betul tue boni…
Kalau sebut pasal populariti.. mu lagi popular dikalangan blogger2..
komen diterima pun lebih banyak dari yang bro terima :)
Bro memang dah glamer.. & ade identiti tersendiri.. All the best Bro!!! :)
Eh…!!! mana ada la nurul. Bro biasa2 je la..
Thank sebab selama nie sudi follow n support bro :)
Populariti tak penting bagi seorang blogger sejati..
Apa yang penting mesej yang kita sampaikan dalam penulisan kita dapat memberi manfaat kepada orang lain.. ;)
Saya setuju dengan kata-kata bro.. Kita ni bukan sesiapa dalam dunia ini tanpa ada orang lain..
Kita semua sama sahaja, iaitu dijadikan daripada setitik Air mani.. dan lahir pun dalam keadaan telanjang.. dan kita semua akan kembali jua ke tanah pada suatu hari nanti.. jadi di mana istimewanya kita berbanding orang lain..
Disebabkan itu kita janganlah bersikap sombong sesama kita.. berbaik sangkalah dengan orang lain.. Insya Allah orang lain juga akan berbaik sangka dengan kita..
P/s: Nasihat ini ditujukan kepada diri saya, bro dan juga rakan blogger lain.. ;)
Bernas tu ………
sambil memikirkan ttg diri sumanje nie
Betul tue anuar..
Tapi ramai yang kadangkala menyampaikan mesej yang salah diblog, sebarkan fitnah, aib orang lain semata-mata nak dapatkan trafik.
Never give up on what you really want to do.
Thank Aliff
napelah ade je yg dengki n nak jatuhkan org lain..masing2 ada kehebatan tersendiri..xpaham betullah dgn org2 yg macm ni..
kene la bantu membantu baru best……….
tak caye cuba buat
selalunya, orang yang tak nampak kelebihan sendiri je akan buat macam ini. Sebab dorang tak boleh tengok kelebihan orang lain
kita bg tau la kelebihannya …
so mesti dia bangga pastu kita main layang-layang
takkn nak hulur je..
kenela tarik sekali sekali….
Menjadi blogger popular? Rasanya jauh sekali. Cukuplah hanya sekadar blogger picisan :)
Popular pun tak guna jika maki hamun, fitnah gosip sahaja yang dapat
@prohafiz…
samalah kita kan kan kan kan…….
awatnya bro?. apa pun bro..moga terus berjaya.. lain padang lain belalang, lain orang lain ragam. ehhh… :)
Kenapa dengan bro?
Eh tiada apa-apa pun, hanya menulis luahan mewakili rakan-rakan blogger yang lain.
ada maksud disebalik kot…?
cayalah bro..kan bagus klu semua org berfikiran sebegini…
Susah nak samakan cara pemikiran setiap orang. Bagi bro, back to basic.
Kita sebagai manusia, semua tak sempurna.
Dalam islam sendiri pun tak galakkan kita berpuak-puak.
Kelemahan orang melayu, mereka lebih suka duduk dalam kelompok mereka sendiri, tak cuba untuk bergaul dalam kelompok yang lebih besar :)
sya pun baru je kenal rupa bro, nama bro.. sebelum ni x kenal pun.. :) so cm x cayalah bila ada kwn blogger kata.. bro framestone pun komen kat blog Queen.. sedangkan Queen rasa baru sekali je bro komenkan? yg peliknya mcm mana Queen boleh x kenal sdgkan kwn2 lain boleh kenal? maaf ye bro.. mmg sya baru je kenali anda..
Itu bukan masalah.
Ada yang kenal nama, tapi tak kenal orangnya. Ada yang kenal rupanya, tapi tidak tahu namanya..
Maaf, memang susah nak nampak bro komen dekat blog orang lain, sekiranya topik menarik, insya’lah bro akan komen. jika tidak, sekadar membaca sahaja (silent reader he..23x)
Tak kenal maka tak cinta… Jom berkenalan.. mereka kenal pun mungkin sama dengan cara kita berkenalan.
Jika tiada sesiapa mulakan, makan tiadalah ikatan perkenalan terjalin
hak masing-masing ……
glamer benar dah… budak bro ni…sejak dulu lagi… masa tu kak mia senyap2 je baca blog ni hehehhehe….
Akak lagi glamer.. saya biasa2 je…
mak kata..tu semua resam dunia..janji kita happy berjumpa teman blogger udahlah
Thank mak, terima kasih kerana selama ini memberi tunjuk ajar kepada saya…
Bro sapa tak kenal….Selamat pengantin baru….
hepppp shhhhhhh
Smoga berbahagia hingga ke akhir hayat…
amin
haippp! apa nie tetiba ada wish selamat pengantin baru? aaahhh.. kawen sesenyap yerr bro? hehee
bro femes rupanya..
malu dah nak singgah blog bro nie….
malu nape pula, singgah je la.. xde masalah punya..
tanpa korang siapa la bro kan :)
pasal bro femes…
su nie blogger pician je….tu pasal la malu….
betoi..yang penting jangan sok sendiri laa kan bro..
Betul tue, banyak sangat blogger yang syok sendiri sekrang nie
Kalau hendak mendapat tempat diluar kelompok blogger Melayu adalah kemampuan penguasaan didalam bahasa Inggeris. Blogger Jardness antara yang terbaik.
Yup betul tue…
Bro masih tak nak tukarkan bahasa yang digunakan dalam blog ini.
Risau akan hilang sengatan dari penulisan bro yang bersahaja ini
betul. rajin-rajinlah menyapa.. :)
terbaik lah bro!
pasal saling menjatuhkan tu biasalah bro.. dah jadi adat..
gmbr @akubiomed tu gmbr die ke gmbr rosyam nor? sebijik la plak hehe
tak ingat daaa macam mana boleh follow blog ni.. haha rasanya macam bro penah dtg komen dkat blog lama dian dulu.. and memang tak taw pun yang bro ni ‘femes’ konon nya dkat blogging..
saya stay kat johor nie,ada tak tu pertemuan para blogger,kalau ada nak sangat ikut lah…hmmm saya selalu bloging dengan mama2 blog,menambah wawasan,menambah kawan juga,banyak keuntungannya,Ben Ashaari saya pun mengenal dia cuma dia mana mungkin kenal saya hehehe….so nice pics xD
serius apa yang bro cakap all correct!!! Apa ada pada glamour n saling menindas antara 1 sama lain.. Buat dosa je kan bro.. Tabik spring kat bro…
ada juga group blogger yg benci bro ye?
Xtau la plak…
Ini entry banyak gambar yg pernah saya baca kat blog bro nie.. He he…
Bro kenal saya x? Ha ha…
Seriously kau keluar dgn Johan tuh ker brother?
Syiok ler naik kapal terbang kecil dgn dia.. good2..
kita blogger ni tak perlu sombong, balas setiap komen
dan singgah blog2 mereka jika ada masa.. itu penting..
Mu kenal ek johan nie…
Dari blog la kami berkawan, Sejak rapat dengan dia, dia banyak kenalkan bro dengan kenkawan dia. Kalau teringin nak naik kapal terbang dengan dia boleh roger bro.
Sebab dia nak buat rekod 1000 penerbangan bersama peminat dia.
gmbo sy mana?
Tak sangka dalam dunia blog nih,ada juga kelompok tertentu yg nak jatuhkan blogger yg lain.Bagi saya bro ni tak popular macam artis,tapi bro pandai letak kan diri bro dalam masyarakat – pandai cari makan.
kenapa ila suka belog.? sbb ila jumpa mcm2 dari belog.. kawan, contest yg menjana income, bila buat keja ada kwn belog yg membantu mcm2 la..
hehe.mmg tak nafikan lah ada je blogger yg hasad dengki.
tpi jgn dilayan.
populariti mmg subjektif,masing2 ada tujuan.
first time dtg sini n komen sini.
maklum lah baru 3bulan blogging.