You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Blogger Menjadi Duta Produk MyChef Anjuran Koleksi 1001 Resepi

17,433,278 total views, 943 views today

Blogger Menjadi Duta Produk MyChef Anjuran Koleksi 1001 Resepi

Blogger diberi kepercayaan untuk menjadi duta tidak rasmi kepada produk MyChef selaku penaja contest wowww1001giveaway anjuran kak ida dari 1001resepi.blogspot.com.

Tajuk panas je kan.

Ini sebenarnya merupakan majlis penyerahan hadiah kepada blogger yang menyertai kontest ini.

Blogger yang dijemput adalah mereka yang memenangi kontest yang telah dilangsungkan selama 2 minggu di blog Koleksi 1001 Resepi.

Ada blogger yang terpaksa datang dari Ipoh dan juga Johor. Kalau dorang tak datang, dorang juga yang rugi kan.

Bro datang sebab menemani Cik Siezuka merangkap tukang tangkap gambar + driver peribadi (blogger hebat siap ada driver he..23x).

Pada majlis ini dapat juga bro berkenalan dengan satu lagi golongan blogger (blogger ibu-ibu dan juga blogger masakan + blogger kaki makan).

Blogger juga dikejutkan dengan kehadiran chef-chef terkemuka tanah air iaitu Chef Zam, Chef Ezani, Chef Florence dan Chef Ismail.

Mereka semuanya merupakan duta kepada produk MyChef.

Tahniah bro ucapkan kepada kak ida sekeluarga kerana berjaya menganjurkan majlis sebegini. Nampak simple, tapi meriah.

Majlis ini telah diadakan di Restoran Rebung, Bangsar milik Chef Ismail.

Ini merupakan kali ke-2 bro datang ke sini. Lokasinya menarik, dan ada disediakan lokasi khas untuk majlis akad nikah.

Bicara Bro : Macam plan nak buat majlis perkahwinan di sini je. Khas untuk blogger.

Tiada kaitan dengan plan bro nak meminang Chef Dr. Ezani ek.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

39 thoughts on “Blogger Menjadi Duta Produk MyChef Anjuran Koleksi 1001 Resepi

  1. amboiiii.. Driver yer… Diva lah sgt nurul nih…

    Bro gambar nurul bg esok yer… Hari ni nurul mc lagi.. Sakit gigi… Mintak maaf bro…

    1. Nurul kan diva… siap ada photographer + driver + tukang bebel he..23x

      Ok je… kalau tahu, baik lunch tadi bro ajak Nurul keluar.. Ke Rabu nie Nurul nak MC teman bro he..23x

  2. Pendapat saya ia adalah pemilihan yang tepat kerana blogger yand dipilih mempunyai blog niche resepi sesuai sangat dan saya percaya projek yang bakal dilaksanakan. Selamat berjaya kak Ida kerana diberi kepercayaan. Pemilihan beliau satu kejayaan kepada blogger yang sekarang ini lebih kerap dikait dengan menyebar isu gossip.

Leave a Reply

Top