Jom sertai Octove.com laman sosial malaysia yang pertama. Daftar guna akaun facebook anda

Orang kata mamat ni ensem

Iklankan perniagaan atau aktiviti anda di sini

Jujur Aku Dayus

Filed in Review Bersama Bro Framestone 36 comments

Jujur aku dayus,

Tajuk cerekarama minggu ini, lakonan Nora Danish dan Beto Kusyairy.

Walaupun mula-mula bro rasa macam tak beberapa minat nak layan cerita ini. Tapi pintu hati macam diketuk untuk menonton, lagi-lagi si beto berlakon.

Sipnosis cerita ini dari apa yang bro tonton,

Jujur Aku Dayus mengisahkan pasangan suami isteri, Edree (Beto) dan Lisa (Nora Danish) yang hidup bahagia.

Suatu ketika, Edree ke Jepun atas urusan kerja, tetapi lisa tidak sudi mengikut Edree ke sana.

Untuk melakukan kejutan, si Edree pulang ke Malaysia awal. Setibanya di rumah, beliau mendapati isterinya sedang tidur dengan lelaki lain di dalam biliknya.

Akibat terlalu tertekan, Edree memandu tanpa arah dan kemudian terlibat dengan kemalangan. Beliau koma dan sepanjang beliau koma, isterinya menjaga dia sehingga sembuh.

Selepas Edree sembuh, beliau tidak mesra dan tidak menyentuh isterinya. Ini menimbulkan kecurigaan kepada akak ipar dan ayah mertuanya. Dalam masa yang sama beliau kembali rapat dengan bekas tunangnya iaitu Aisah.

Akibat dipaksa oleh bapa mertuanya, akhirnya si Edree menjatuhkan talak satu kepada Lisa. Masa ini si Lisa menceritakan perkara sebenar bahaya beliau sebenarnya dirogol oleh bekas teman lelakinya atas sebab ingin membalas dendam.

Bicara Bro : Setiap masalah dalam hubungan sepatutnya dibawa berbincang dan terikut-ikut dengan kata-kata hasutan orang lain.

Kita tidak seeloknya menuduh tanpa usul periksa. Supaya setiap apa tindakan yang kita buat, tidak membuat kita menyesal di kemudian hari.

Bro suka cerita ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted by Bro Framestone   @   19 February 2012 36 comments

36 Comments

Comments
Feb 19, 2012
12:25 am
#1 Nadh :

kesian jadi mangsa. T.T

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

Tue la…

Memang sedih pun… akibat sayang, masing-masing tak sudi nak luahkan…

Last2 masing2 termakan hati

[Balas Komen Ini]

Feb 19, 2012
12:28 am
#2 Cik Nurul :

best citer ni.. memula penin dengan jalan citer die.. banyak persoalan timbul.. last2, baru dapat jawapannya…

~rajen bro buat sinopsis eks.. ^^

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

Sambil tengok sambil menaip huhu

Walaupun tak faham… Last2 bagi habis cerita nie, baru bro taip…

Bro dah agak dah… tapi tak sangka rupanya dia dirogol

[Balas Komen Ini]

Feb 19, 2012
12:29 am
#3 farhanaDr :

Saya pun suka.. Sebab ada Beto laa saya tengok..

Haha.. Tu gambar yang saya combine tu, sebab nak buat entry untuk cerita ni.. Hehe.. Buruk pulak.. :p

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

la kamu punye ke nie.. ok nk creditkan la….

bro jumpa masa menggogle huhu….

if bro yang berlakon cam mane pula ek..??

[Balas Komen Ini]

farhanaDr Reply:

Alah.. Tak payahlah kreditkan bro.. Ni pun gambar cilok google pastu cantum sendiri jek guna photoscape.. Hehe..

Kalau bro berlakon, nak kena pikir dua tiga kali dulu nak nengok ke tak.. Hehe.. Larikkkk..

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

untung la reti guna photoscape…

amboi.. kejamnye statement dia.. kenapa kena fikir banyak kali ek

[Balas Komen Ini]

Feb 19, 2012
12:31 am
#4 fasz :

malas nak tgk tv….suka berkurung dlm bilik…nti nk tgk la kat tonton….mood: kurung dlm bilik

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

awat kurung dalam bilik nie ek…

bro dalam mood kena paksa tengok tv he..23x

[Balas Komen Ini]

fasz Reply:

mmg slalu cmni….huhu~ layan tonton.com.my la nnti

[Balas Komen Ini]

Feb 19, 2012
12:42 am

tak tengok pun…:)

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

la.. nape x tengok ek

[Balas Komen Ini]

Feb 19, 2012
12:46 am

tak tengok pun cerita ni…tak ada tv lah….

wah!!! lamanya tak melepak kat sini…. selalu nak masuk tapi mesti ada je halangan…hopefully lepas dapat menyemak kat blog bro sentiasa….kekekeke
zahidahwahid recently posted..Mendung?

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

dekat mane nie ek…?? sampai xde tv huhuhu

apa halangannye ek…??

[Balas Komen Ini]

Feb 19, 2012
12:56 am
#7 encikcool :

jujur aku tak tengok cerita nie!!

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

he..23x ko layan ape malam tadi

[Balas Komen Ini]

Feb 19, 2012
1:08 am
#8 fendy :

http://fendy1302.blogspot.com/2012/02/saya-tak-mampu-letakkan-dia-lebih.html

review cerita ni gak..best2

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

memang best…

[Balas Komen Ini]

Feb 19, 2012
2:15 am
#9 zuan :

tak mudah buat keputusan kan.. kesian pulak dengan lisa tu, mangsa rogol akibat dendam.. nice plot

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

babak paling best bila si edree bertembung dengan lisa buat pertama kali.. terus si edree cakap, “saya akan mengahwini awak”

sebelah lisa ada boyfriend lagi tue

[Balas Komen Ini]

Feb 19, 2012
3:46 am
#10 lia :

tabahnya pasangan tu pada ujian yang dtg pada mereka..moga2 ramai yg amik iktibar dari drama tu…:)
lia recently posted.."Berapa jumlah UBAN yang ada pada RAMBUT RASULULLAH??"

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

harap macam tue la…

bukan senang nak jadi suami isteri kan… tapi…. ramai yang nak jadi suami isteri walaupun tak nikah

[Balas Komen Ini]

Feb 19, 2012
6:01 am
#11 sukacuka :

yang si lisa tu pun satu..bukan nak cakap terus..tunggu kena talak baru cakap.. emmm

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

ingat senang ke nak cakap….

kalau bro pun, bro xberani nak cakap tau

[Balas Komen Ini]

Feb 19, 2012
10:06 am
#12 deqnoor :

touching cite ni… sobsob…
deqnoor recently posted..Belajar Bersama DN : Bekalan Elektrik untuk Kegunaan Domestik

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

la.. die pun layan gak ke cerita nie…

cam mane.. best x

[Balas Komen Ini]

Feb 19, 2012
11:57 am
#13 are-u :

nak nangis tengok cete nie kan?
hurmmm
paper pun hepi jer lah!

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

nagis ke…?? tang part mane tue.. cer share sesama

[Balas Komen Ini]

ayu Reply:

hahahaha!x tau lah

[Balas Komen Ini]

Feb 20, 2012
2:04 am
#14 samdaddycool :

saspen betul tajuk entry..
samdaddycool recently posted..Yuna – Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyrics)

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

ini bukan tajuk entry… ini tajuk cerekarama tv3

[Balas Komen Ini]

Feb 20, 2012
8:24 am
#15 jay :

sedih…sebab tu sebelum ambil apa2 keputusan..pertimbangkanlah keputusan tu dgn akal fikiran yang waras..bukan mengikut hati dan amarah semata..

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

Silapnya…

Masing-masing tak nak bersuara….

Memang conflik terbaik punye.. tapi x suka la watak Nora Danish g marah ex tunang Beto tue…

Panas je hati dengan perempuan cam nie

[Balas Komen Ini]

Feb 21, 2012
12:18 am

moral citer ni:
MALU BERTANYA SESAT JALAN
kan dah rugi 1 talak….
Ekspresi Ruang recently posted..Mannat Milik Shah Rukh Khan: Rumah Agam Mewah 7 Tingkat Di Mumbai

[Balas Komen Ini]

Mar 28, 2012
11:27 am
#17 Iam Yanty :

Cer ini tgok Iklan pun tahu sedih… =(

[Balas Komen Ini]

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous Post
«
Next Post
»
ClearCloud designed by List of UK Banks In conjunction with Alliance & Leicester , Citibank UK , Portman Building Society.