Jangan kerana cinta, masa depan dan hidup anda terseksa.

Bila ditanya, jawapannya kerana sayang.

Sayang yang bagaimana?

Adakah kerana dia sorang sahaja yang boleh terima anda?

Adakah kerana dia la lelaki idaman malaya, dan anda tak nak dia pergi pada perempuan lain?

Adakah dia sahaja yang ada anda untuk anda bergantung hidup?

Atau adakah anda sendiri dah ehem ehem dengan dia?

Entry ini tidak bermaksud nak memalukan sesiapa. Bro tujukan khas buat kaum hawa dan juga peringatan buat kaum adam yang berlakon macam malaikat.

Macam la dia baik sangat [kecuali kalau dia baik sangat la kan]

Kisahnya bermula begini

Ada sorang perempuan ini. Bro kenal, dan bro jaga dia elok-elok [bukan kes sugar daddy ke apa kan]

Bro ada nasihat dia mengenai bf dia yang panas baran. Control dia ke mana pergi, tak boleh buat itu ini.

Sedangkan bf dia, kantoi gak keluar dengan perempuan lain. Kalau kawan-kawan tak apa la juga. Ini dah lebih-lebih.

Nak dijadikan cerita, bf dia ini ugut nak apa-apakan dia jika minta putus. Siap ugut nak bunuh dia lagi.

Apa cerita nie. Ingat cerita hindustan ke? Ke terpengaruh dengan budaya luar yang jelas nampak macam manusia tiada pedoman dan iman.

Ini ke yang layak di buat suami?

Family dah minta si perempuan ini berhati-hati dan dia memang perlu report kepada pihak polis jika terasa diri terancam.

Selamat dia cerita dekat family, bagaimana sebenarnya perangai si lelaki ini.

Amaran keras kepada lelaki : Jangan guna kekerasan pada perempuan walaupun mereka awek korang. Awek je baru, bukan isteri.

Ape hak anda nak tampar or ugut bunuh jika mereka menolak cinta korang. Nampak sangat korang memang loser dan layak untuk tidak dicintai.

Sebab apa bro cakap begitu?

Sebab korang sendiri pun macam orang tiada imam. Macam orang tiada agama, macam orang tiada matang dalam berfikir. Cinta seeloknya di hiasi dengan perkahwinan.

Perkahwinan bukan setakat memiliki hati dan tubuh dia sahaja. Tetapi termasuk “amanat” dan juga “tanggungjawab” di mana ianya akan di tanya di akhirat kelak.

Lagi-lagi kalau spender korang pun mak bapak sponsor. Jangan la berlagak kurang ajar dengan anak orang.

Bicara Bro : Dalam hidup bro pernah juga kena ugut oleh seseorang.

Apa-apa pun dia silap ugut orang. Sampai la nie, tak berani nak cari pasal dengan bro dan menghilangkan diri.

Sama ada sebab malu atau temberang dia dah pecah. Itu urusan dia dengan Allah swt.