Peringtan buat blogger.

Ini merupakan amaran keras dari Bro buat semua rakan-rakan blogger.

Tolong jaga dan jangan jatuhkan aib sendiri mahupun aib orang lain.

Kalau rasa buat untuk seronok-seronok. Ingatlah, malaikat kiri dan kanan anda tetap mencatitnya.

Dan tidak sesekali mereka menggunakan pemadam ataupun liquid paper seperti mana yang anda guna semasa menjawab exam.

Bro berpesan begini,

Sebab ramai sangat blogger yang membuka aib sendiri sama ada mereka sedar atau tidak. Dan ada yang berbangga dengan aib yang dorang buka.

Dah termalu,

Mula privatekan blog, mula delete blog, then tutup facebook semua bagai.

Dan jika semua ini anda lakukan, anda tidak layak mengatakan anda profesional blogger hanya #retis semata-mata. Silap hari bulan, anda menjadi berita sensasi di setiap blog-blog yang ada.

Now dunia blogger tak sama macam dulu.

Sekarang ini, rapat macam kawan. Akan datang, mereka tertibe transformers menjadi gunting dalam lipatan.

 



 

Terbaca keluhan Wardina Safiyyah Fadlullah yang terpampang di dada akhbar dan ada kaitan dengan blogger.

Wardina Safiyyah Fadlullah memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.

Dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.

Blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

Lagi-lagi beliau sudah mempunyai anak dan suami. Ianya secara tidak langsung membuka aibnya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.

Bicara Bro : Alangkah harmoni dan bahagianya mereka sekeluarga dalam gambar diatas. Jangankan sebab korang nak kejar trafik atau buat cerita-cerita panas sampai sanggup buat satu keluarga bercerai berai.

Dosanya, korang fikirlah sendiri ek.

Dulu masa memuda bro minat juga pada Wardina Safiyyah Fadlullah :)