Lawak pulak bro tengok cerita cerekarama di TV3, Raya Musim Luruh

Cerite berkisarkan mengenai Hani dan Remy merupakan pasangan suami isteri dan bercinta semenjak dibangku sekolah [eh dah macam cerita bro pulak].

Namun gaya hidup mereka banyak mengubah kehidupan dorang.

[Selamat bro masih sama seperti dulu]

Si Hani xnak mengandung atau mengambil anak angkat kerana menganggap anak membebankan dan menyebabkan bentuk tubuh berubah.

Si Remy pula menyokong penuh isterinya dan mereka hidup menghimpun harta dan melancong ke luar negara.

[bro bulan 4 tahun depan g honeymoon kat oversea, flied dah book, passport on d way, ptptn sangkut he..23x]

Abis kalau dah cam nie, jangan ingat family xbangkang

Perkara ini telah menimbulkan kecaman oleh ahli keluarga masing-masing. Setiap kali raya mereka akan menjadi sasaran keluarga yang bertanyakan tentang zuriat, mengerjakan umrah, haji dan bermacam-macam lagi membuatkan Hani dan Remy merasa rimas.

Alang-alang dah rimas, dorang cari alasan untuk tidak balik beraya even sekampung.

[he..23x best pulak cari calon bini sekampung ek]

Dan tembelang dorang berjaya bertahan selama 5 tahun, apabila dipecahkan oleh anak buah Hani yang berpraktikal di syarikat Remy. [Sepandai-pandai tupai melompat, pasti akan penat juga].

Dorang secara berat hati terpaksa juga balik ke kampung halaman. Tetapi keadaan tidak seperti yang mereka harapkan.

So, mereka berbalik kepada plan mereka yang asal untuk beraya di Landon

Namun, semua penerbangan ke Eropah ditangguhkan selama 2 minggu berikutan dengan berita mengenai gunung berapi meletus di Iceland. Samada suka atau tidak, Remy dan Hani kini tiada alasan untuk lari dan terpaksa juga beraya di kampung.

Si Dia bro tengah keluar dengan member2 dia. Layan tv sorang-sorang la malam nie.