September 19, 2025

Filem Gundik: Gabungan Seram, Komedi & Misteri Rumah Gundik

Review Filem Gundik Bersama Bro Framestone

Filem Gundik, sebuah karya seram-thriller terbaru dari Indonesia, bakal menemui penonton Malaysia pada 24 Julai 2025.

Dibintangi oleh selebriti terkenal Luna Maya sebagai watak utama, filem ini menggabungkan elemen seram, rompakan dan kisah mistik dalam satu naskhah yang cukup mencengkam.

Bro baru ini berkesempatan untuk menonton filem ini sewaktu Tayangan Perdana Filem Gundik di TGV Suria KLCC.

Sebelum menontonnya, Bro ingatkan ia sekadar naskah filem seram seperti kebanyakkan filem seram dari Indonesia. Tetapi ia lebih dari itu dan mampu membuat Bro dan penonton lain seronok menontonnya.

Macam pelik je seronok tonton filem seram. Tak seram ke? Atau…?

Sinopsis Filem Gundik : Misteri Rumah Gundik yang Menjadi Neraka

Empat perompak — Otto (Agus Kuncoro), Salman (Dian Sidik), Reza (Arief Didu), dan pemandu mereka, Baim — merancang satu rompakan ke atas rumah mewah milik seorang wanita dikenali sebagai Nyai, yang merupakan gundik kepada seorang pegawai tinggi kerajaan.

Mereka menyangka misi itu mudah, namun keadaan berubah menjadi mimpi ngeri apabila rumah tersebut menyimpan pelbagai rahsia gelap dan berpenunggu.

Nyai, lakonan Luna Maya, rupa-rupanya bukan manusia biasa — dia entiti mistik yang menghuni rumah itu sejak berabad lama, dan kini menghukum sesiapa yang berani mengganggu tempatnya.

Setiap perompak mula dihantui dan diburu oleh Nyai, dengan suasana penuh asap kemenyan, suara bisikan halus dan ritual yang menyeramkan.

Apakah rahsia dan kenapa mereka pergi merompak rumah itu? Apakah yang akan terjadi kepada mereka berempat? Korang boleh tonton di pawagam berdekatan anda untuk tahu jawapannya.

Barisan Pelakon Mantap

Selain Luna Maya sebagai Nyai, filem ini turut menampilkan:

  • Maxime Bouttier dalam watak misteri
  • Agus Kuncoro sebagai Otto, ketua perompak
  • Dian Sidik, Arief Didu, dan Rukman Rosadi sebagai anggota kumpulan rompakan
  • Safira Ratu Sofya melengkapkan pelakon pembantu

Luna Maya mencuri perhatian penonton menerusi watak Nyai yang penuh simbolisme dan kuasa ghaib. Persembahannya sangat berani, termasuk adegan dikurung dalam keranda dan diselaputi prostetik kulit ular.

Review Bersama Bro Framestone : Seram, Visual Menarik & Komedi Terselit

Bagi Bro, filem Gundik ini merupakan naskah yang menarik untuk ditonton terutama bagi mereka yang meminati filem seram thriller dan dalam masa yang sama inginkan sesuatu yang santai penuh kejutan.

Bro boleh katakan Filem Gundik merupaka filem seram yang berjaya menyatukan elemen ngeri dan komedi secara natural.

Visualnya dikatakan sangat memukau, manakala suasana rumah Nyai membangkitkan aura misteri yang cukup kuat. Pengarah Anggy Umbara jelas menggabungkan aspek visual yang artistik bersama jalan cerita rakyat.

Chemistry antara pelakon juga mendapat pujian, dengan interaksi antara perompak menambah elemen lucu walaupun dalam keadaan seram. Unsur humor yang diselitkan tidak merosakkan mood seram, sebaliknya memberikan kelegaan di saat-saat menegangkan.

Waktu Bro tonton filem ini, ia mengingatkan Bro tentang filem Abigail (2024). Jalan cerita ada iras-iras sedikit, tapi ianya tidak serupa.

Kritikan: CGI Kurang Realistik, Pengakhiran Kurang Mantap

Walau menerima banyak pujian, beberapa kelemahan turut disebut.

CGI yang digunakan dalam transformasi Nyai menjadi ular gergasi dilihat kurang realistik, dan pengakhiran filem pula dianggap agak tergesa-gesa tanpa penjelasan mendalam tentang latar belakang Nyai.

Yup, pengakhiran ia agak mengecewakan sehingga keterujaan penonton sepanjang menonton filem ini, hilang begitu sahaja.

Namun begitu, ramai penonton tetap berpuas hati kerana naratif filem ini unik dan tidak klise, berbeza daripada kebanyakan filem seram arus perdana.

Tayangan di Malaysia

  • Tarikh Tayangan: 24 Julai 2025
  • Pawagam:  Seluruh Malaysia
  • Sari Kata: Bahasa Inggeris disediakan
  • Durasi: 113 minit
  • Rating: 18+ (Kandungan seram & adegan ngeri)

Kesimpulan: FIlem Gundik Patut Ditonton

Dengan gabungan seram dan rompakan yang jarang diterokai, Gundik hadir sebagai nafas baru dalam genre filem seram Asia.

Persembahan Luna Maya yang penuh komitmen serta jalan cerita yang tidak dijangka menjadikan filem ini satu tarikan wajib tonton bagi peminat seram dan thriller tempatan.

Jika anda peminat kisah mistik berasaskan budaya dan tidak takut pada kejutan ghaib, pastikan anda menonton Gundik bermula 24 Julai ini di pawagam berdekatan!

Keywords:

  • Gundik filem seram
  • Filem Gundik Luna Maya
  • Filem Indonesia di pawagam Malaysia
  • Sinopsis filem Gundik
  • Ulasan filem Gundik 2025
  • Filem seram Indonesia terbaru
  • Luna Maya Nyai
  • Tayangan Gundik Malaysia
  • Filem Gundik
  • Reaksi penonton Gundik

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *