January 31, 2026

KLTRIC 2025 Angkat Malaysia ke Peta Dunia Towerrunning dengan Penyertaan Antarabangsa Terbesar

Bro Samurai KLTRIC 2025
Menara Kuala Lumpur sekali lagi mencatat sejarah apabila menjadi pentas kepada acara larian menegak bertaraf antarabangsa menerusi Turkish Airlines Kuala Lumpur Tower Run International Challenge 2025 – National Championship (KLTRIC2025).

Acara berprestij ini menyaksikan seramai 2,000 pelari dari 30 buah negara mencabar kemampuan diri dengan mendaki 1,608 anak tangga menuju puncak Menara Kuala Lumpur.

Edisi tahun ini mencatatkan penyertaan antarabangsa luar biasa dengan kehadiran atlet dari Jepun, China, Turkiye, Jerman, United Kingdom, Australia, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Amerika Syarikat, sekali gus membuktikan peningkatan pengaruh Kuala Lumpur sebagai destinasi utama untuk sukan larian menegak (towerrunning) dan pelancongan sukan di Asia Tenggara.

Dengan tema berani “Victory is Vertical”, KLTRIC2025 melambangkan kebangkitan Malaysia dalam arena sukan menegak global, selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkukuh sektor pelancongan sukan menjelang Visit Malaysia 2026.

Detik Bersejarah untuk Sukan Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn. Bhd., Khairil Faizal Hj Othman, menyifatkan KLTRIC2025 sebagai satu pencapaian besar dalam landskap sukan negara.

“Ini adalah detik yang membanggakan buat Malaysia. Menara Kuala Lumpur bukan sekadar ikon seni bina, malah kini diiktiraf sebagai arena sukan menegak bertaraf dunia. Penyertaan atlet dari Asia, Eropah, Australia dan Amerika Syarikat mencerminkan keyakinan tinggi komuniti antarabangsa terhadap acara ini,”.

Beliau turut menegaskan bahawa KLTRIC2025 membuktikan bagaimana pelancongan sukan mampu menarik dunia ke Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuhkan komitmen penganjur untuk mengangkat acara ini sebagai antara perlumbaan menegak terbaik di Asia.

Barisan Elit Dunia Meriahkan Persaingan

KLTRIC2025 menampilkan barisan atlet elit yang mengagumkan, diterajui oleh pelari No. 1 dunia, Soh Wai Ching, serta pemegang Rekod Dunia Guinness, Michele Tan Bee Kiang, bersama atlet antarabangsa lain yang memburu mata kedudukan Towerrunning World Association (TWA).

Seperti dijangka, Soh Wai Ching sekali lagi membuktikan dominasinya apabila muncul juara keseluruhan bagi kategori lelaki, sekali gus mengukuhkan lagi reputasinya sebagai antara pelari menegak terpantas dunia.

Prestasi cemerlang beliau mendapat sorakan luar biasa daripada penyokong tempatan dan peminat antarabangsa.

Ganjaran Besar, Persaingan Lebih Sengit

Para peserta bersaing dalam kategori Elite, Open, Veteran dan Youth, merebut sebahagian daripada jumlah hadiah wang tunai RM80,000 — antara yang terbesar bagi acara larian menegak di rantau ini.

Sebagai simbol pencapaian, 20 pelari terbaik setiap kategori turut menerima Official Finisher Jersey eksklusif yang melambangkan semangat ketahanan, disiplin serta falsafah “Victory is Vertical”.

KLTRIC2025 juga diiktiraf sebagai Kejohanan Kebangsaan Larian Menegak Malaysia, hasil kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persatuan Towerrunning Malaysia (MTA).

Senarai Rasmi Pemenang KLTRIC2025 (Top 3 Setiap Kategori)

Berikut ialah senarai pemenang rasmi berdasarkan sumber RunWitMe:

KategoriJuara / Pemenang Teratas – Top 3*Masa / Catatan
Men’s Open1st — Soh Wai Ching (Malaysia)
2nd — Muhammad Hazim Zuhairi Bin Azahari
3rd — Ching Chun Lo
08:11.404
09:09.763
09:11.725
Women’s Open1st — Tea Faber (Croatia)
2nd — Klaudia Krajewska
3rd — Li Tsz Yau
10:10.970
11:17.262
11:38.100
Men’s Veteran1st — Emanuele Manzi (Italy)
2nd — Jeff
3rd — Geoffrey Birgen
09:45.888
09:57.622
11:04.328
Women’s Veteran1st — Valentina Belotti (Italy)
2nd — Jane Wanjiru Muriuki
3rd — Serene Cheong
10:44.916
11:53.955
12:28.498
Boys / Youth (Male)1st — Muhammad Adam Amjad Bin Mohd Azizul (Malaysia)
2nd — Muhd Haziq Bin Mohd Hairol Izmi
3rd — Muhd Harrrith Hazim Bin Mohd Hairol Izmi
10:09.708
10:38.678
10:51.701
Girls / Youth (Female)1st — Raisya Adelea Binti Rohazam (Malaysia)
2nd — Adele Manzi
3rd — Helena Sailer
12:53.304
13:09.090
15:06.621

Source : (runwitme.blogspot.com)

Bro Samurai KLTRIC 2025 Winner

KLTRIC 2026 Disahkan Pada 14 Jun 2026

Susulan kejayaan luar biasa edisi 2025, penganjur mengesahkan bahawa KLTRIC2026 akan berlangsung pada 14 Jun 2026 di Menara Kuala Lumpur.

Tarikh ini disusun seiring dengan strategi Visit Malaysia 2026, sekali gus memperkukuh kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab sukan bandar dan pelancongan sukan serantau.

“Visi jangka panjang kami jelas — menjadikan KLTRIC sebagai antara perlumbaan menegak terbaik di Asia dan seterusnya bertaraf kejohanan dunia. Penyertaan luar biasa tahun ini membuktikan Malaysia sudah bersedia,”.

Untuk keputusan rasmi dan perkembangan mengenai KLTRIC 2026, tanda boleh layari www.kltower.com atau hubungi +603-2630 3033.

Keyword :

  • KLTRIC 2025
  • Kuala Lumpur Tower Run
  • Keputusan KL Tower Run 2025
  • Turkish Airlines KLTRIC
  • Pemenang KLTRIC 2025
  • Larian Menara KL 2025
  • Towerrunning Malaysia
  • Menara Kuala Lumpur Run
  • Keputusan larian menara
  • Soh Wai Ching
  • Larian menegak Malaysia
  • Kuala Lumpur sports tourism

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *