Kalau korang peminat e-sukan dan suka game mobile yang penuh aksi, Bro ada berita gempak untuk korang!
iQOO Malaysia bersama i-City akan menggegarkan dunia gaming dengan iQOO 13 Honor of Kings (HOK) Tournament.
Acara ini akan menyaksikan pertarungan 5V5 antara pasukan terbaik yang akan berentap untuk hadiah bernilai RM1,000.
Detail Event:
- Tarikh: 7 Mac 2025 (Jumaat)
- Masa: 4PM – 7PM (pendaftaran bermula 4PM)
- Lokasi: SnoWalk, i-City, Shah Alam
iQOO 13 – Smartphone Gaming dengan Prestasi Ganas!
Kalau korang jenis yang suka gaming dengan grafik mantap, prestasi smooth, dan frame rate tinggi, iQOO 13 ni memang sesuai untuk korang!
Telefon ni datang dengan Snapdragon 8 Elite yang digabungkan dengan cip gaming Q2 buatan sendiri untuk prestasi yang lebih stabil. Tak kira sama ada kau bermain dalam suhu panas atau sejuk ekstrem, iQOO 13 tetap power tanpa sebarang lag!
Dan kalau korang pernah main dalam keadaan telefon cepat panas dan bateri cepat habis, jangan risau.
iQOO 13 dibina untuk gaming hardcore dengan sistem penyejukan canggih yang pastikan suhu telefon kekal stabil walaupun main game lama-lama.
Main Game dalam Suhu Ekstrem di i-City SnoWalk!
Yang buat tournament ni lagi rare ialah venue dia – SnoWalk i-City! Korang bayangkan, bertarung dalam dunia gaming dalam suasana sejuk macam dalam kutub.
Ini peluang korang untuk uji sendiri bagaimana iQOO 13 mampu maintain frame rate yang lancar dalam suhu sejuk gila.
Kalau selama ni korang main game dalam bilik aircond pun masih rasa lag, sini korang boleh tengok sendiri sejauh mana power telefon ni.
Kenapa Kena Join Tournament Ni?
- Hadiah Tunai RM1,000 – Siapa tak nak duit extra kan? Lagi best kalau menang sambil main game kegemaran korang.
- Uji Kehebatan iQOO 13 – Nak tahu sejauh mana prestasi telefon ni dalam gaming? Inilah masanya untuk korang rasa sendiri pengalaman gaming tanpa gangguan.
- Pengalaman Gaming dalam Suhu Ekstrem – Bila lagi korang nak main game dalam suasana bersalji di Malaysia? Memang rare, Bro!
- Bertemu Gamer Lain – Ini peluang kau nak lepak dengan gamers lain, bertukar tips, dan mungkin cari team baru untuk next tournament!
Kalau korang memang minat e-sukan dan nak alami sendiri kuasa sebenar iQOO 13, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke acara ni.
Keyword :
- QOO 13 Malaysia
- Honor of Kings Tournament
- i-City Snowalk Shah Alam
- Telefon gaming terbaik 2025
- Snapdragon 8 Elite performance
- iQOO 13 gaming experience