Dengan prestasi nilai Ringgit yang semakin mengukuh di suku ketiga tahun 2024, semakin ramai rakyat Malaysia mencari peluang untuk melancong ke luar negara dengan bajet yang berpatutan.
Menyedari keinginan pelancong tempatan untuk mengunjungi destinasi popular Asia tanpa perlu berbelanja besar, platform pelancongan digital Agoda kini menawarkan panduan bagaimana RM100 boleh dimanfaatkan untuk sehari di lima bandar utama Asia: Tokyo, Bangkok, Seoul, Osaka, dan Taipei.
Sebagai destinasi popular bagi pelancong Malaysia di Agoda, setiap bandar ini menawarkan pengalaman unik yang tidak memerlukan bajet yang tinggi. Mari kita lihat apa yang boleh dinikmati di setiap destinasi ini dengan hanya RM100.
1. Tokyo, Jepun
Tokyo mungkin tidak mempunyai reputasi sebagai destinasi bajet tetapi dengan RM100 (kira-kira ¥3,551), anda boleh menikmati beberapa pengalaman paling ikonik di Tokyo tanpa memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
Mulakan hari anda dengan sarapan pagi tradisional Jepun di Shinjuku, yang mana terdapat kedai-kedai makan yang menawarkan makanan Jepun asli dengan harga serendah ¥700-¥1,000 (RM20-RM28).
Di Shinjuku, kunjungilah Bangunan Metropolitan Tokyo. Dek pemerhatiannya yang boleh diakses secara percuma menawarkan pemandangan Tokyo yang lebih luas, termasuk mercu tanda ikonik seperti Gunung Fuji dan Menara Tokyo.
Teruskan pengembaraan anda ke Akihabara, sebuah daerah beli-belah yang menawarkan pelbagai barangan elektrik dan elektronik di Tokyo. Ia juga merupakan syurga bagi pencinta anime dan manga.
Cubalah permainan arked dengan harga ¥100 (RM2.86) dan bawa pulang cenderahati dari kedai Gachapon Kaikan dengan harga serendah ¥200 (RM5.74).
Sebagai alternatif, terokailah 2k540 Aki-Oka Artisan Street, di mana terdapatnya lebih 45 buah kedai dan kafe di bawah landasan kereta api JR antara stesen Akihabara dan Okachimachi yang sesuai untuk “window shopping”.
Untuk makan malam pula, jamu selera anda di tempat-tempat makan mesra bajet di Shibuya atau Harajuku, dengan harga dari ¥800-¥1000 (RM23-RM29).
Untuk memudahkan perjalanan anda, dapatkan pas 24 jam Tokyo Metro berharga ¥600 (kira-kira RM17). Pas ini memberikan anda akses tanpa had ke rangkaian kereta api bawah tanah yang luas di bandar ini.
Jadi, anda boleh menerokai bandar raya ini dengan mudah tanpa perlu risau tentang urusan membeli berbilang tiket dan juga bayarannya.
Anggaran Jumlah Perbelanjaan: RM94.
2. Bangkok, Thailand
Bangkok adalah sebuah destinasi yang unik di mana terdapatnya bangunan pencakar langit dan pusat membeli-belah yang besar di kawasan yang sama dengan wat-wat yang berusia berabad lamanya dan juga pasar jalanan yang meriah.
Dengan RM100 (?785) anda boleh menikmati banyak pengalaman yang tersedia untuk pengunjung ke kota ini.
Mulakan hari anda dengan menikmati sandwic keju panggang di kedai serbaneka yang terkenal dengan harga hanya ?30 (RM3.80). Seterusnya, saksikan pameran bakat-bakat kreatif Bangkok di Pusat Seni dan Budaya Bangkok (BACC) dengan percuma.
Untuk mengenali budaya tempatan dengan lebih mendalam, tempahlah lawatan berjalan kaki di Agoda Activities yang akan membawa anda ke Wat Pho untuk menyaksikan patung berhala Buddha Berbaring (Reclining Buddha) dan juga seni binanya yang mengagumkan, serta Wat Arun yang tersergam indah di tepi sungai – semuanya hanya ?328 (RM41.90).
Di waktu petang pula, nikmati pemandangan matahari terbenam dari Wat Saket (Gunung Emas) dengan harga tiket masuk berharga ?50 (RM6.40) dan saksikan pemandangan panoramik seluruh bandar dengan mendaki ke puncaknya.
Isikan perut yang kosong setelah meneroka seharian dengan sepinggan Pad Thai yang terkenal di Thipsamai, di mana harga hidangan bermula dari ?200 (RM25). Dengan adanya sistem pengangkutan awam Bangkok yang cekap, anda boleh meneroka bandar raya ini dengan tambang antara ?10-?45 (RM2.16-RM5.74).
Anggaran Jumlah Perbelanjaan: RM92.10
3. Seoul, Korea Selatan
Bandar raya Seoul memikat hati para pelancong sepanjang tahun dengan pasar yang meriah, tempat-tempat yang bergaya dan serta landskap kulinarinya yang sentiasa berubah. Dengan RM100 (kira-kira ?31,539) dalam dompet, para pelancong boleh merasai sendiri mengapa Seoul menjadi tempat tumpuan pencetus trend di Korea Selatan.
Mulakan pengembaraan anda di kawasan kejiranan yang bergaya di Hongdae atau Gangnam dan kunjungilah gerai foto yang diilhamkan oleh Y2K, kedai K-pop dan butik-butik yang paling trendy di Seoul.
Dengan harga ?8,000 (RM25.40), ambil gambar untuk kenangan ala retro Gen Z dari sudut tinggi di gerai foto viral DON’T LXXK UP. Atau, dengan harga ?3,000 (RM9.60), imbau kembali detik ikonik K-drama di Istana Gyeongbokgung di daerah Jongno, sebuah lokasi penggambaran drama bersejarah yang popular.
Pasar Gwangjang (Gwangjang Market) adalah tempat yang harus dikunjungi oleh para penggemar makanan Korea. Dapatkan Bibimbap dengan harga ?5,000 (RM16), Gohyang Kalguksu (mi potongan pisau bersup) dengan harga ?6,000 (RM19), dan nikmati Hotteok (penkek doh berinti sirap gula) dengan harga ?1,500 won (RM4.80).
Teruskan misi jalan-jalan cari makan ke pasar malam Myeondong dan nikmati Tteokkbokki (kuih beras pedas) pada harga ?2,000 (RM6.40), Gyeran ppang (roti telur Korea) pada harga ?1,000 won (RM3.20) dan Bungeoppang (Roti Korea berbentuk ikan) dengan harga ?2,000 won (RM6.40).
Kembara ke seluruh Seoul dengan mudah menggunakan Pas Pelancong Kad Climate dengan harga bermula pada ?5,000 (RM16) untuk perjalanan 1 hari tanpa had, serta pelbagai diskaun untuk tarikan kebudayaan.
Anggaran Jumlah Perbelanjaan: RM97.20
4. Osaka, Jepun
Bandar Osaka yang juga dikenali dengan nama gelaran Dapur Negara Jepun, harus dimasukkan dalam senarai wajib dilawati bagi setiap pelancong!
Terdapat banyak tempat-tempat hebat di sini termasuk pasar yang meriah, mercu tanda ikonik dan juga tempat yang kurang dikenali tetapi menarik untuk diterokai, semuanya dalam bajet RM100 (¥3,551).
Inilah cadangan untuk anda meluangkan masa sehari di Osaka:
Lawatan ke Osaka tidak lengkap tanpa meluangkan satu hari di daerah Dotonbori. Nikmati hidangan popular seperti Taiyaki, sejenis kudapan manis berbentuk ikan dengan pelbagai jenis inti yang berharga antara ¥100 dan ¥300 (RM2.90-RM8.70) sambil menikmati pemandangan dan suasana yang meriah di sini.
Untuk memudahkan anda menerokai pelbagai tempat-tempat yang menarik di Osaka, dapatkan Osaka e-Pass dengan harga ¥2,400 sehari (RM68). Pas ini memberikan akses kepada lebih 25 tempat paling popular, termasuk Balai Cerap Kuchu-Teien Bangunan Umeda, Muzium Namikiza Dotombori, ‘Tower Slider’ Tsutenkaku dan Osaka Wheel.
Selain itu, para pengunjung boleh menerokai bandar tersebut dengan mudah menggunakan pas 1 hari, Eco Card pada harga hanya ¥820 (RM23), yang menawarkan perjalanan tanpa had di semua laluan metro dan bas.
Anggaran Jumlah Perbelanjaan: RM99.70
5. Taipei, Taiwan
Taipei menawarkan pelbagai pengalaman mesra bajet seperti lawatan ke muzium, rumah berhala dan taman yang percuma atau dengan bayaran yang kecil.
Inilah cara untuk menikmati sepenuhnya pengalaman sehari di Taipei dengan harga di bawah RM100 (NT$670):
Bersiar-siar dengan tenang di waktu pagi di Taman Hutan Daan secara percuma. Anda berpeluang untuk menikmati pemandangan indah yang menghijau serta menyaksikan warga tempatan melakukan senaman tai chi.
Kira-kira 800m dari taman ini, anda boleh menikmati sarapan pagi Taiwan yang asli di Yong He Soy Milk King iaitu segelas susu soya panas pada harga NT$25 (RM3.35) dan sebatang you tiao (cakoi) yang rangup pada harga NT$20 (RM2.70).
Seterusnya, kunjungilah Dewan Memorial Chiang Kai-Shek Kebangsaan tanpa kos dan saksikan sesi pertukaran pengawal yang berlaku setiap jam. Selepas itu, anda boleh berjalan kaki sejauh 400m ke Pasar Nanmen, sebuah tempat yang meriah untuk mendapatkan makanan tempatan, hasil pertanian segar dan juga cenderamata unik.
Dalam bangunan yang sama, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Héhu?n D?oxi?omiàn (Restoran Mee Potongan Pisau Hehuan) dan nikmai semangkuk mi daging lembu tomato panas yang berharga NT$140 (RM18.80).
Teruskan pengembaraan ke Jalan Dihua, sebuah kawasan bersejarah yang terkenal dengan kedai-kedai tradisional dan kraf tempatan, sebelum singgah di Pasar Malam Ningxia, salah sebuah daripada lima pasar malam terbaik di Taipei.
Pastikan anda mencuba telur dadar tiram yang terkenal yang berharga NT$85 (RM11.40), penkek daun bawang berharga antara NT$55 dan NT$85 (RM7.40 – RM11.40), dan tauhu busuk antara NT$50 hingga NT$90 (RM6. 70 – RM12.10).
Untuk memudahkan perjalanan mengelilingi Taipei, dapatkan Taipei Fun Pass yang menawarkan pas pengangkutan 1 hari untuk perjalanan tanpa had di sistem metro dan bas dengan harga NT$240 (RM32.20).
Anggaran Jumlah Perbelanjaan: RM91.95
Percutian Bajet di Asia Bersama Agoda
Dengan kos hanya RM100 sehari, pelancong berpeluang untuk menikmati pengalaman yang menakjubkan di bandar-bandar utama Asia. Setiap destinasi ini menawarkan kepelbagaian dari segi makanan, tarikan sejarah, dan kebudayaan.
Agoda pula menyediakan pelbagai pilihan penginapan yang bersesuaian dengan bajet anda, termasuk pilihan mesra bajet bermula bawah RM100.
Rancang percutian anda bersama Agoda dan nikmati destinasi popular Asia dengan harga yang berpatutan!
*Harga yang tersenarai dianggarkan pada 9 Oktober 2024. Harga sebenar mungkin berbeza. Destinasi global paling popular adalah berdasarkan tempahan penginapan yang dibuat di Agoda antara 1 Januari hingga 15 Oktober 2024.
Kadar Pertukaran Mata Wang Asing:
1 JPY = 0.0288662 MYR
1 MYR = 34.6426 JPY
1 THB = 0.128112 MYR
1 MYR = 7.80566 THB
1 KRW = 0.00318482 MYR
1 MYR = 313.989 KRW
1 TWD = 0.134192 MYR
1 MYR = 7.45200 TWD