December 12, 2024

Bro Samurai di Larian Oren 2024 – Hentikan Keganasan Terhadap Wanita

Starting Line Larian Oren 2024

Bro Samurai hadir bersama ribuan peserta menyertai Larian Oren 2024 yang pada 23 November 2024, di Dataran Gemilang, Putrajaya.

Acara ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sempena Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita, yang diraikan pada 25 November setiap tahun.

Dihiasi dengan warna tema oren, larian ini membawa mesej kuat tentang solidariti dan sokongan dalam usaha membanteras keganasan terhadap wanita.

Acara ini dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), bersama lebih 3,000 peserta. Turut serta ialah Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri KPWKM, dan Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, serta wakil-wakil organisasi lain.

Aktiviti Menarik Sepanjang Larian Oren

Larian Oren 2024 menawarkan pengalaman menyeluruh bukan sahaja melalui larian sejauh 5 kilometer, tetapi juga melalui pelbagai aktiviti sampingan, antaranya:

  1. Pameran usahawan – Menyokong produk dan perkhidmatan tempatan.
  2. Food trucks – Menyajikan pelbagai pilihan makanan dan minuman menarik.
  3. Aktiviti giant bubbles – Hiburan interaktif untuk semua lapisan umur.
  4. Fun aerobic zumba – Aktiviti kecergasan yang menyeronokkan.
  5. Cabutan bertuah – Peluang memenangi hadiah eksklusif.

Peserta turut diminta memakai pakaian atau aksesori berwarna oren, simbolik kepada usaha global untuk menyokong kempen UNiTE! Invest to Prevent Violence Against Women and Girls.

Bro Samurai di Larian Oren 2024

Bro Samurai di Larian Oren 2024

Untuk memberi sokongan kepada kempen ini, Bro Samurai turut hadir sertai Larian Oren 2024 bersama rakan-rakan pelari yang lain.

Seperti biasa, Bro akan berlari bersama sepanduk untuk menyatakan sokongan terhadap wanita diluar sana.

Terima kasih juga kepada rakan² runner yang sudi bertegur sapa dan bergambar bersama sepanjang larian.

Larian ini bukan sekadar aktiviti kecergasan, tetapi juga platform untuk meningkatkan kesedaran terhadap keganasan berasaskan gender. Tema antarabangsa, UNiTE!, menyeru semua pihak untuk:

  • Mengutamakan pencegahan keganasan sebagai agenda negara.
  • Memastikan perlindungan hak wanita dan kanak-kanak perempuan.
  • Meningkatkan kesedaran global mengenai kesan negatif keganasan terhadap kesihatan mental dan fizikal wanita.

Kempen ini menonjolkan warna oren sebagai simbol harapan, optimisme, dan komitmen untuk membina masa depan yang lebih cerah bagi wanita di seluruh dunia.

Kerjasama Strategik dan Inisiatif KPWKM

Dalam usaha menjayakan Larian Oren 2024, KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bekerjasama dengan organisasi seperti:

  • United Nations Population Fund (UNFPA)
  • JomRun
  • Yayasan Kebajikan Negara (YKN)
  • Shopee Malaysia
  • Malaysia Aviation Group (MAG)

Kerjasama ini bertujuan memperluaskan impak kempen dengan mempromosikan pendidikan mengenai hak asasi wanita dan mendidik masyarakat mengenai isu keganasan domestik, seksual, dan pelbagai bentuk keganasan lain.


Komitmen dan Sokongan kepada Mangsa Keganasan

Larian Oren 2024 Hentikan Keganasan Terhadap Wanita

KPWKM komited untuk melindungi mangsa keganasan melalui pelbagai program dan perkhidmatan seperti:

  1. Talian Kasih 15999 – Talian bantuan 24 jam untuk mangsa keganasan.
  2. Aplikasi Talian Kasih 15999 – Alternatif mudah alih untuk laporan kes.
  3. WhatsApp Talian Kasih (019-2615999) – Platform sokongan pantas.

Masyarakat digalakkan menggunakan perkhidmatan ini untuk membantu mereka yang memerlukan dan memastikan keganasan terhadap wanita ditangani secara serius.

Medal Larian Oren 2024

Larian Oren 2024 bukan sahaja acara kecergasan, tetapi juga simbolik kepada solidariti global dalam usaha menghentikan keganasan terhadap wanita. Dengan tema antarabangsa UNiTE!, acara ini menyeru semua lapisan masyarakat untuk bersatu dan mengambil tindakan.

Selain itu, aktiviti menarik seperti zumba, pameran usahawan, dan cabutan bertuah menjadikan acara ini lebih bermakna. Jangan lupa manfaatkan platform seperti Talian Kasih untuk memberikan sokongan kepada mangsa keganasan.

Dengan sokongan pelbagai pihak, termasuk badan kerajaan, organisasi antarabangsa, dan rakyat Malaysia, kita boleh membina masa depan yang lebih cerah, selamat, dan adil untuk semua wanita.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *