Last minit, Bro Samurai terpaksa akur untuk sertai acara BOOM+ Putrajaya Run telah berlangsung di bandar Putrajaya pada 14 September 2024.
Ikut plan asal, Bro cuti dari larian pada minggu ini. Malangnya plan berubah dan berpeluang untuk sertai acara ini selepas dihasut oleh rakan-rakan runner yang lain.
Acara ini berjaya menarik lebih penyertaan berbanding tahun lepas punya (Bro ada run lain time nie), terutamanya dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pelari amatur dan atlet profesional.
Tahun ini, BOOM+ Putrajaya Run tawarkan beberapa kategori :-
- 30km
- 21km
- 10km
- 5km
Kali ini Bro join 10km untuk cabar diri sendiri (sebenarnya nak healing2 layan perasaan : sebab buat 5km, xrasa apa2 dah).
Kesilapan Bro, bila tak baca info bahawa pihak penganjur mengadakan pertandingan Best Traditional Costume hanya untuk peserta 5km sahaja.
T-T
Salah satu aspek menarik dalam BOOM+ Putrajaya Run 2024 ialah laluan perlumbaannya yang menyusuri pemandangan indah dan mercu tanda utama Putrajaya.
Acara ini tidak hanya tertumpu kepada perlumbaan, tetapi turut mempromosikan gaya hidup sihat dan kecergasan dalam kalangan masyarakat
Dari segi maklum balas positif, ramai peserta memuji penganjuran yang tersusun, lokasi acara dan pengalaman keseluruhan yang menyeronokkan.
Namun begitu, terdapat juga beberapa komen negatif. Sesetengah peserta menyatakan bahawa ada beberapa masalah teknikal seperti kelewatan dalam pengedaran medal dan baju larian selepas acara tamat.
Bagi Bro pula.
Tersangkut lebih 50m dari garisan penamat. Maka timing chip lambat dibaca untuk merekodkan masa larian Bro untuk rekod rasmi acara.
Agak kecewa juga la, bila kita dah sehabis baik push diri untuk dapatkan PB (Personal Best), sekali sangkut sebelum garisan penamat.
Secara keseluruhannya, walaupun terdapat sedikit isu, BOOM+ Putrajaya Run 2024 tetap dianggap sebagai acara yang berjaya dengan penyertaan yang besar dan maklum balas positif yang mengatasi kekurangan kecil.
Diharapkan pihak penganjur akan memperbaiki beberapa aspek teknikal untuk acara akan datang bagi memastikan pengalaman yang lebih lancar dan memuaskan buat semua peserta.
Bicara Bro : Ada sorang member ni, tengah cuba nak racun Bro sertai 21KM waktu KL Standard Chartered Marathon 2024.