April 24, 2025

Raikan Keunikan & Keindahan Malaysia Dalam Siri Unfading Memoirs

AXN ASIA Unfading Memoirs

AXN Asia telah melancarkan siri perjalanan baharu yang menarik bertajuk “Unfading Memoirs” dengan kerjasama Tourism Malaysia.

Ianya boleh ditonton secara dalam talian termasuk di saluran televisyen seluruh Asia bermula 11 Julai 2024.

Siri ini direka untuk mempamerkan warisan budaya Malaysia yang pelbagai dan kaya melalui perspektif pelbagai pengembara. Ia menampilkan gabungan kandungan yang dihasilkan oleh pengguna yang menangkap inti pati Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak, dan Sabah.

Menampilkan Justin Bratton (Asia’s Got Talent, Screaming at Stars) dan Selina Lo (Hellraiser 2022, aktres musim baharu Lord of the Rings: The Rings of Power) sebagai hos dengan gandingan penggemar kembara dan makanan terkenal, Erwan Heussaff (Let it Simmer, Survivor Philippines), “Unfading Memoirs” merupakan eksplorasi mengujakan yang memaparkan kekayaan budaya selain landskap menakjubkan negara ini merangkumi senarai impian berteraskan tiga elemen utama iaitu Pengembaraan (Adventure), Budaya (Culture) dan juga Makanan (Food).

Memanifestasikan keindahan pengembaraan, “Unfading Memoirs” terdiri daripada beberapa siri kandungan digital yang mengajak penonton untuk bersama-sama menyertai perjalanan mengujakan di Malaysia sekali gus merasai pengalaman setiap destinasi dengan naratif unik oleh pihak AXN.

Siri ini mengajak penonton untuk mengalami aktiviti unik seperti berjalan di dasar laut, menaiki Kereta Api Borneo yang bersejarah, menikmati pemandangan belon udara panas yang panoramik, dan meneroka seni tempatan serta kraftangan tradisional.

Ia juga menyoroti kepelbagaian kulinari Malaysia, menggalakkan penonton untuk menikmati pelbagai jenis makanan di negara ini?

Sertai Pertandingan “Unfading Memoirs” di Media Sosial

Para penonton di seluruh dunia dijemput untuk menyemarakkan naratif destinasi-destinasi unik ini serta berpeluang memenangi percutian eksklusif.

Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman hebat di Malaysia buat kali pertama atau ingin menjejakkan kaki sekali lagi ke negara ini, jangan lupa sertai pertandingan ini secara dalam talian untuk berpeluang memenangi penginapan 3 hari 2 malam yang bernilai lebih kurang RM6,600 (USD1,400).

  1. Jika anda pernah melawat Malaysia sebelum ini, anda hanya perlu memuat naik foto atau video pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan di negara ini. Sekiranya anda belum pernah berkunjung ke Malaysia, layari www.axn-asia.com/UnfadingMemoirs untuk mencari dan memuat naik foto destinasi impian anda di negara ini.
  2. Langkah seterusnya ialah memuat naik foto atau video di akaun media sosial peribadi anda dengan kapsyen menarik dan jangan lupa tag @AXNasia serta letakkan tanda pagar #AXNUnfadingMemoirs dan #MalaysiaTrulyAsia.
  3. Pertandingan ini akan berlangsung dari 15 Julai hingga 25 Ogos 2024 dan pemenang akan diumumkan pada 3 September 2024. Untuk maklumat lanjut termasuk terma dan syarat, sila layari www.axn-asia.com/UnfadingMemoirs.

“Unfading Memoirs” boleh ditonton di laman sosial dan saluran televisyen AXN Asia bermula 11 Julai 2024. Untuk keterangan lanjut, layari media sosial AXN Asia dan klik www.malaysia.travel/deals bagi mendapatkan tawaran istimewa melancong ke Malaysia.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *