May 18, 2024

Malaysia Pilihan Pertama Moira Sempena Moira World Tour 2024

Moira World Tour 2024 LIVE in Malaysia

Moira Dela Torre, artis terkenal Filipona memilih Malaysia sebagai lokasi pertama beliau dari 10 lokasi sempena Moira World Tour 2024.

Ianya bakal berlangsung di The Exchange Hall, Kuala Lumpur pada 20 April pukul 8 malam.

Artis wanita berdarah seni ini berasal dari Olongapo, Filipina telah memulakan perjalanan seninya sebagai seorang penyanyi lagu runut bunyi, lagu tema iklan (jingle) dan kini sedang menempa nama di peringkat antarabangsa.

Beliau ditemui ketika sidang media Moira World Tour 2024 yang berlangsung di Moxy Sky Bar Putrajaya.

Perjalanan Karier Moira Dela Torre

Moira Dela Torre Moira World Tour 2024 Malaysia

Segalanya bermula pada tahun 2013, di mana Moira telah terpilih sebagai seorang peserta The Voice of the Phillipines, Moira telah melancarkan EP yang pertama dan kini telah memenangi pelbagai anugerah sehingga kini.

“Most Streamed Filipina Artist” Selama tujuh tahun berturut-turut dan ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan buat Moira.

Setelah menempa nama di Filipina, kini nama Moira telah meniti di bibir peminat antarabangsa menerusi lagu-lagunya yang dicita sendiri selama lebih dari 10 tahun. Berjuta perhatian dari peminat antarabangsa, kini lagu-lagu Moira telah mencecah lebih 1 Billion stream di aplikasi penstriman muzik Spotify.

Untuk siri jelajah Moira World Tour 2024,

Sebanyak 10 lokasi telah dipilih, dan Malaysia menjadi lokasi pertamanya. Kenapa?

Bagi Moira, beliau berpendapat yang bahasa Melayu dan Tagalog tidak banyak beza dan suka dengan budaya yang ada di Malaysia.

Lebih kurang 20 buah lagu yang akan dinyanyikan pada konsert yang akan berlangsung di The Exchange Hall, Kuala Lumpur pada 20 April, pada jam 8 malam.

Konsert yang berdurasi lebih dari 90 minit itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari peminat baik dari Filipina dan juga serata Asia.

MOIRA WORLD TOUR 2024

Berikut merupakan senarai jelajah ke destinasi seterusnya bagi MOIRA WORLD TOUR 2024.

ASIA

  • April 20 – Kuala Lumpur, Malaysia

USA

  • May 18 – San Fransisco, California
  • May 19 – Los Angeles, California
  • May 24 – Washington State
  • May 25 – Pala, California Jun 01 – Stafford, Texas

CANADA

  • Jun 07 – Red Deer, Alberta
  • Jun 09 – Ontario, Toronto
  • Jun 15 – Saskatchewan
  • Jun 22 – Montreal, Quebec

Tiket bagi Moira World Tour 2024 telah mula dijual pada awal bulan Januari 2024 dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan hanya dijual dengan dua harga sahaja. RM 333 dan juga VIP RM555.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *