January 25, 2025

Nak Sentiasa Positif? Kita Kena Sentiasa Fikir Positif

Sentiasa Fikir Positif

Kalau nak diri kita sentiasa positif, kita perlu fikir positif dan elak fikir perkara yang negatif.

Ini kerana, otak kita ni macam magnet. Sebab itu, kita kena tapis benda yang kita fikir.

Sebab kalau kita cakap / fikir benda yang tak elok, kita akan tarik lagi banyak benda negatif kepada diri kita.

So, cara terbaik untuk tarik benda / perkara positif dalam diri kita dengan hanya memikirkan sesuatu yang positif. Ada banyak cara untuk buat kita sentisa berfikiran positif.

Antaranya :-

  • Elakkan orang yang suka berkata sesuatu yang negatif
  • Pilih circle yang positif
  • Banyak lakukan aktiviti yang mampu memberi ketenangan pada diri korang
  • Dekati diri dengan alam / kehijauan
  • Buat sesuatu perkara / perbuatan kerana Allah swt

Secara tidak langsung kita mampu reprogram otak untuk setiasa berada dalam keadaan positif, dan kita boleh nampak kesannya dalam kehidupan seharian kita.

Bila makin berusia ini, mungkin kita perlu kecilkan circle atau elak orang yang boleh beri kesan negatif kepada kita. Mungkin dari segi perbuatan atau perbualan mereka.

Bila kita sentiasa positif, kehidupan kita lebih baik dan secara tidak langsung orang akan lebih selesa untuk dekati kita.

Change your thinking change your life

Nota Kaki :  Dah masuk bulan ke-4 Bro jalani terapi dengan psikiatrik. Alhamdulillah, nampak banyak perubahan dalam hidup Bro.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Nak Sentiasa Positif? Kita Kena Sentiasa Fikir Positif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *