Awak ke jodoh saya?
Akhirnya dapat juga merasa Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rice Shop (TCRS) buat kali ke-4 tahun ini.
Cuma kali ini, dapat makan berdua bersama jodoh sehidup semati, yakni Puan Isteri. Lagipun, dah lama tak keluar makan berdua. Teringat zaman-zaman mula bercinta dahulu.
Rugi kalau tak dapat menikmati Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rice Shop (TCRS) ini. Lagipun menu ini hadir bagi tempoh masa terhad sehingga 17 Januari 2021.
Hidangan Istimewa Grilled Butter Chicken
Korang dah berjodoh ke belum dengan isi peha ayam tanpa tulang yang diselaputi sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah ini?
Jika belum, apa kata korang ke TCRS dan menikmati Grilled Butter Chicken nie.
Lagipun, menu istimewa ini antara yang dinantikan oleh peminat setia The Chicken Rice Shop setiap hujung tahun.
Ia menjadi hidangan yang disukai ramai bukan hanya kerana citarasanya yang menyelerakan, tetapi juga kerana
kombinasi sempurna antara ayam dan juga menteganya.
Hidangan istimewa ini hanya ditawarkan bagi tempoh masa terhad. Jangan lambat tau, nanti melepas..
Korang boleh je order Grilled Butter Chicken secara Ala Carte ataupun Set.
Bagi Bro yang datang berdua dengan Puan Isteri, maka Set B menjadi pilihan – Grilled Butter Chicken + Single Serve Chicken + Nyonya Pai Tee (R) + Sai To Fish Soup (R) + Pak Choy with Oyster (R) + Nasi & Soup of the Day pada harga RM49.90.
Baru nampak meriah bila makan berdua bersama jodoh tercinta.
Grilled Butter Chicken adalah hidangan yang sempurna untuk mengakhiri tahun anda dan diharapnya mendatangkan permulaan penuh kesempurnaan bagi tahun yang akan datang ibarat padanan ayam dan mentega yang tiada tandingan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila kunjungi www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook The Chicken Rice Shop.
kalau datang makan sini wajib order nyonya pai ter dan three layer tea. sedap
Pai Tee mmg wajib order… hahahha