October 8, 2024

Jualan Akhir Tahun Lejen Press/I Am LEJEN Shop 2-3 Dis 2017

Lejen Press Open Day
Antara yang dinantikan bila tibanya hujung tahun selain kahwin dan sunat, yakni sale di sana sini situ untuk terapi stress setengah orang.

Hari ini, Bro nak kongsikan dengan korang tentang jualan akhir tahun Lejen Press/I Am LEJEN Shop pada 2-3 Dis 2017 dari pukul 10 pagi – 10 malam.

Tak perlu tunggu ada pesta buku etc, Korang just serbu sahaja kedai mereka dan pasti mana-mana stock yang agak rare anda boleh temui disana.

**** iklan di Bro Framestone *****


Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.

Jualan akhir tahun Lejen Press/I Am LEJEN Shop ini melibatkan jualan buku dari penerbitan Lejen Press dan rakan-rakan penerbitan seperti Buku Fixi, Dubook Press, Thukul Cetak, Puteh Press, Selut Press, Terfaktab Media, Rabak Lit dan banyak lagi penerbitan buku.

Banyak bukan?

Eh, bukan itu sahaja. Bahkan terdapat juga jualan merchandise dengan diskaun sehingga 70%. Tidak lupa stock-stock khazanah muzium yang boleh ada perolehi di sini, antaranya ;

  • Baju season 2017 = 2 baju RM50.00.
  • Baju season 2015/2016 = 3 baju RM50.00.
  • Buku terbitan 2017 = Diskaun sehingga 50%
  • Buku terbitan 2015/2016 = Diskaun sehingga 90% (semurah RM5.00)
  • Book buffet = ‘All You Can Read’ bayar RM60.00 dan ambil seberapa buku yang anda mampu muatkan dalam satu bag. *bag disediakan oleh I Am LEJEN Shop.

Selain membeli belah anda juga boleh berhibur sambil bersosial dengan adanya GAME SHOW SEPANJANG LEJEN PRESS OPEN DAY. Antaranya;-

  1. Fifa 2017 Battle.
  2. Roda Impian
  3. Carrom (permainan rakyat)
  4. Jenga Blocks
  5. Congkak (permainan rakyat)
  6. UNO
  7. Baling selipar
  8. Galah Panjang
  9. Bingo
  10. Tenteng
  11. Penutup Botol
  12. Batu seremban
  13. Lawan Pemadam.
  14. Main Kepung

So, kalau korang rasa bosan gila hujung minggu ini, maka jangan terlepaskan peluang untuk berhibur sambil bersosial. Pastikan bawa extra duit, mana tahu ada awek yang anda berkenan. Terus sambar buku / tshirt untuk memikat hati dorang.

Lokasinya seperti tertera dibawah ini.

I AM LEJEN SHOP
No.12-G& 12-1, JALAN SS15/8B ,SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Jualan Akhir Tahun Lejen Press/I Am LEJEN Shop 2-3 Dis 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *