Tidak dapat dinafikan, zaman sekarang boleh dikatakan anda banyak meluangkan masa menonton video, mendengar muzik mahupun bermain game pada tablet / telefon pintar mahupun laptop/PC.
Bagaimanapun kita semua perlukan privasi tetapi inginkan kepuasan dalam waktu yang sama.
Maka apa yang anda perlu buat supaya keseronokan anda tanpa gangguan dan orang sekeliling juga tidak terganggu dengan aktiviti yang anda lakukan.
Yup, headphone @ earphone jawapannya.
Di mana sebarang aktiviti yang anda lakukan, yakni menonton video, mendengar muzik atau bermain game tidak menganggu ketenteraman orang sekeliling dan memberi lebih kepuasan kepada anda.
Tetapi, bagaimana nak buat pemilihan headphone yang terbaik bersesuaian dengan gajet yang anda gunakan dalam masa yang sama mampu milik.
Jika dulu, kebanyakan gajet yang berada dipasaran disertakan sekali dengan headphone @ earphone. Sekarang ini, agak sukar nak temui. Sedangkan iPhone terkini pun kena beli asing earphonenya. Harganya pula bukan murah.
Sekiranya anda beli laptop / PC, anda mungkin bernasib baik dapat speaker / headphone @ earphone secara PERCUMA, itupun belum tentu bersesuaian dengan citarasa dan mampu beri kepuasan kepada anda.
Kebanyakan headphone original dijual dipasaran pada harga yang kadangkala sukar nak diterima dek akal.
Tapi, tak kan anda nak pakai headphone yang cikai tanpa punyai jenama semata-mata nak berjimat.
Macam tak sesuai bila pakai gajet berjenama tetapi pakai accessories cap ayam (no brands). Malu pula nak tayang pada umum atau gunakan ia di tempat awam.
So, dekat mana korang boleh dapatkan headphone murah tetapi berjenama?
Baru-baru ini Bro tercari juga info tentang headphone yang murah berjenama dan boleh didapati di Malaysia.
Sewaktu Google, terjumpa satu laman web yakni ProductNation yang berkongsikan 10 Headphone Bagus untuk Pelbagai Jenis Kegunaan dibawah RM50.
Pada laman web ini turut dinyatakan tentang banyak lambakan headphone di pasaran sehingga kita sukar untuk memilih yang mana satukah yang benar-benar sesuai untuk diri anda.
Bila Bro baca informasi yang dikongsikan, rupanya terdapat banyak headphone yang berbagai jenis, jenama dengan harga lebih rendah dapat diperolehi dipasaran Malaysia.
Kalau anda merupakan seorang ‘gamer’, pasti banyak kateria yang akan anda pertimbangkan dalam pemilihan headphone yang bersesuaian dengan hobi / kerjaya anda (Teringin nak jadikan hobi gamer sebagai kerjaya).
Di sini Bro senarai pendekkan kateria yang mungkin anda akan pertimbangkan ketika mencari headphone @ earphone (Kredit Pada ProductNation) :-
- Jenis bluetooth sekiranya anda jenis tak suka atau nampak serabut dengan wayar ketika menggunakannya.
- Pilih Headphone yang mudah digunakan walaupun ketika menjawab panggilan suara / video.
- Terdapat jenis yang mampu hapuskan bunyi bising sekeliling ketika anda menggunakannya
- Pilih jenis simple / elegent / comel / cute atau bersaiz besar tetapi mudah diselaraskan (adjustment) mengikut kesuaian kepala anda.
- Jika jenis bluetooth, pastikan ia mudah dicas.
- Terdapat juga headphone yang direka khas untuk pengemar permainan komputer.
- Ada juga headphone yang didatangkan dengan fungsi radio dan MP3
- Jenis warna yang bersesuaian dengan peranti / gajet yang anda gunakan.
- Ditawarkan dengan jaminan (warranty)
Wowwww….!!! Banyak juga kateria yang dinyatakan. Maka, dengan senarai pendek diatas, membolehkan anda membuat keputusan terbaik sebelum membelinya.
Bila baca balik, kateria yang dinyatakan diatas mesti hanya terdapat pada headphone yang mahal harganya. Kalau korang baca perkongsian di ProductNation pasti anda akan terkejut bila mengetahui harganya.
ProductNation – Laman Review Produk Terbaru / Terkini Di Pasaran
Apa-apa pun, ProductNation merupakan satu laman perkongsian mengenai produk terbaru / terkini yang anda boleh perolehi dipasaran.
Ianya bukan sekadar perkongsian bahkan terdapat review untuk membolehkan anda mendapat lebih info dan membandingkan sesuatu produk sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Kadangkala terdapat produk yang mempunyai spesifikasi lebih kurang sama, tetapi menyukarkan anda membuat keputusan. Mungkin ProductNation dapat membantu.
Untuk maklumat lanjut mengenai ProductNation, anda boleh layari https://productnation.co/my-bm/
Wah info yang best ni
kalau Momi, lebih prefer earphone , kalau orang panggil boleh dengar. kalau headphone, memang tak dengar. hahaa
Tak suka earphone yg masuk dlm lubang telinga tu..sakit bila dah lama pakai..suka yg style besor sikit tu…
nak headphone comel comel mcm hello kitty
ProductNation ini local punya ker bagus juga ada platform macam ni banyak sikit pendapat yang kita boleh baca sebelum beli satu-satu produk tu kan…
Huu setakat ni beli samsung mesti ada sekali earphone…jarang sgt pkai earphone nor headphone ni…
Sebab nanti rsa berdenggung telinga…
Hahahahha
SA prefer earphone…hehehe..macam old school je kan…kalau headphone macam besau benor
Tips yang menarik. Annur jarang sangat guna headphone, kecuali untuk letak kat perut masa preggy kikiki bagi anak dengar muzik or bacaan ayat quran ^_^
Sis tak pandai pakai earphone atau headphone. Kalau earphone sure terkeluar keluar..lubang telinga kecik kot..hahaha
Info menarik ni. Boleh jadi panduan kalau nak tukar headphone nanti.
Macam-macam hp best2 skrg ni kan. nak murah, nak mahal semua nya ada
Kalau beli earphone/headphone memang kena pilih yang terbaik. Dulu saya main beli je, balik-balik rosak.
Kat mana nak main game kereta tu?
Dekat mana? Nanti bro akan kongsikan artikle mengenainya dalam tempoh beberapa hari ini.
Saya suka sports headphone with bluetooth agar senang nak guna ketika bersenam. Nanti saya check out the website. Thanks Boss.
suka headphone boleh tutup telinga sepenuh punya!
tiada ganguanan biasanya
Saya cari yang bunyik sedap je. Baru layan bila dengar lagu mendayu-dayu. Jenama memang tak pedulik sangat asalkan masih dibawah budget
nak pilih headphone power bass, asik nak digunakan muzik dj. :D