June 26, 2025

Abang Long Fadil 2 Layak Dianggap Sebagai Filem Bertaraf Antarabangsa

Abang Long Fadil 2 Filem Bertaraf Antarabangsa
Filem Abang Long Fadil 2 berjaya mendapat kutipan di luar jangkaan apabila meraih kutipan RM5 Juta dalam tempoh 5 hari tayangannya.

Filem sekuel kepada Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Skop Productions kini menduduki kedudukan kedudukan pertama carta mingguan mengetepikan filem-filem yang lain termasuk filem antarabangsa.

Tahniah diucapkan.

Lebih menarik lagi bila quote dari blog Bro Framestone telah dipetik dan dikongsikan dilaman sosial Antro Show dan juga Zizan Razak.

Filem sarat aksi dan komedi ini dibintangi oleh Zizan Razak, Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, Wak Doyok, Achey, Shuib, Tania Hudson dan A Galak.

Bagi anda yang belum menonton filem Abang Long Fadil 2 apa kata anda pergi menontonnya sekarang. Hingga kini hanya 135 pawagam sahaja yang menayangkan filem ini termasuk di Brunei dan Singapura.

Anda boleh baca review tanpa spoiler mengenai filem ini di SINI.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Abang Long Fadil 2 Layak Dianggap Sebagai Filem Bertaraf Antarabangsa

  1. adui, sampai sekarang tak berkesempatan lagi nak tengok abang long fadil.

    mungkin kena tunggu raya tahun depan kat TV la kot kalau tak sempat tengok kat wayang.

    Hahaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *