Perkahwinan menjadikan satu hubungan 2 hati menjadi satu secara halal.
Bagaimanapun selangkah ke alam perkahwinan bukan sahaja melibatkan ‘dugaan bertunang’ bahkan melibatkan duit lebih-lebih lagi bila ianya tidak mencukupi dan majlis pula makin dekat.
Apa solusi anda bila hadapi keadaan seperti ini?
Mesti korang tak nak majlis dipostpone nanti akan memalukan kedua-dua pihak. Lain la kalau majlis perkahwinan korang disponsor dari baju, kek sampailah ke photographer.
Macam kes ‘Kurang Bijak Kongsi Tip’ dekat bawah ini.
Tapi memang banyak kos perkahwinan kita disponsor tanpa kita sedar, contohnya family keluar duit untuk prepare homestay untuk bakal besan mereka.
Member keluar duit sendiri untuk jadi bridesmaid korang etc.
Tapi ini kes yang mungkin ‘tidak perlu’ anda bayar balik dan boleh dilupakan seperti mana korang pinjam duit member time terdesak tapi buat ‘bangang’ tak nak bayar balik.
Bagaimana pula dengan kes anda pinjam duit mak bapak, ah long ataupun tipu orang dengan MLM semata-mata nak kahwin?
Pernah tak korang terfikir nak buat personal loan (pinjaman bank) untuk berkahwin?
Mesti pernah bukan.
Hari ini Bro ingin kongsikan kenapa anda tidak patut buat personal loan (pinjaman bank) untuk berkahwin. Harap sudi baca sampai habis dan hadamkan.
**** iklan di Bro Framestone *****
Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.
Berhutang Dengan Bank Semata-mata Nak Berkahwin
Topik yang agak panas, tetapi korang kena faham.
Ramai sebenarnya yang buat personal loan bila start dapat kerja (terutama yang kerja kerajaan).
Ada yang buat personal loan semata-mata nak upgrade hidup (phone, rumah, gaya etc).
Ada juga yang buat personal loan untuk bayar hutang piutang (PTPTN etc), join MLM ataupun berkahwin walaupun tak tahu bila nak kahwinnya.
Tapi bila buat loan dengan bank semata-mata untuk benda yang tidak mampu memberi pulangan (kecuali anda join MLM then dapat keuntungan berganda hahaha) ia dianggap sebagai hutang jahat.
Dan kita perlu selesaikan ‘hutang jahat’ ini sepanjang tempoh pinjaman dibuat.
Pernah ada kenalan,
Bila dah sah lantikan jawatan (kerja kerajaan) terus dia buat loan personal sebanyak RM80k setahun lepas ini memang perkahwinan dia memang meriah.
Tapi berapa yang dia perlu bayar balik setiap bulan pada bank?
Selamat dapat suami kerja sedap dan masih kekal bahagian hingga kini.
Bagaimana pula dapat suami yang sengkek, selepas itu tak bertanggungjawab bercerai dan hutang bank kena bayar sensorang dimana jumlahnya sampai korang tak hidup senang kerana xcukup duit.
Ada juga kenalan, anak dah berderet tetapi hutang bank masih tak selesai juga.
Memang tiada kebaikan pun buat personal loan semata-mata untuk berkahwin dimana ianya habis dalam masa beberapa hari dan perlu membayarnya sampai bertahun-tahun.
Lebih ketaranya, bila jumlah bayaran balik hampir 2x gandanya dengan nilai yang anda pinjam (walaupun % kecil).
Tak percaya, anda cuba check menggunakan aplikasi iMoney – Find the best Personal Loan in Malaysia. Kemudian ;-
- Masukan jumlah yang ingin anda pinjam beserta tempoh pembayaran semula.
- Pilih bank yang ingin anda berurusan.
- Kira jumlah pinjaman yang perlu anda bayar = bayaran bulanan X tempoh bayaran.
- Kira jumlah bunga yang perlu dibayar = jumlah pinjaman dibayar – jumlah dipinjam.
Nampak tak, jumlah tambahan yang perlu anda bayar. Silap hari bulan, jumlah itu memboleh korang kahwin lagi satu.
Lebih ketara bila tempoh bayaran dipanjangkan.
Tak percaya, cuba bandingkan jumlah yang perlu anda bayar semula bagi tempoh pinjaman 5 tahun dengan 9 tahun. Berbeza bukan?
Bicara Bro : Ada kenalan berkahwin dan ditaja sepenuhnya oleh keluarga. Tak sampai setahun kahwin dah bercerai, sampai sekarang dia rasa bersalah sangat dengan keluarga dia.
Jika Bro berkahwin lagi, harap boleh buat majlis ala kadar je. Tapi kata puan isteri, “Tak buat majlis pun tak apa” – Lain macam je bunyinya he…23x
15 Tip Jimat Bajet Kahwin
Baca : Panduan Kumpul Duit Kahwin Dengan Hartanah.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
itu laaa bro. adik uyul kawen, kita sebagai kakak mesti ada je benda nak sponsor bagi kurangkan beban dorang.
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
adik2 yang nak khawin bagus sangat baca ni….nasib kakak khawin dulu hantaran masih murah hahaha
20 tahun lagi, berapa la ek jumlah hantarannya?
Kadang-kadang terfikir macam mana diri saya masa hadapan akan hadap isu ni. Macam mana saya tak suka ‘berhutang jahat’ dengan bank semasa saya masih di kampus, saya tak dapat nafi realiti hidup mungkin akan ubah pendirian. Terima kasih Bro Framestone untuk perkongsian ni.
Memang tak tak akan buat loan semata-mata nak buat majlis kawen grand.
Biar majlis biasa-biasa, janji tak berhutang. Kehidupan lepas kawen tu lagi banyak memerlukan duit
Yang penting bahagia bersama, majlis kahwin tu, kalau ada wang, buatlah luxufy sikit, kalau tak, budget pun boleh memorable one..
SA pun x setuju kalau pinjam loan semata- mata untuk kahwin…bahaya wey berhutang..hutang loan rumah ni pun nak semput bayar
Good tips bro. Untunglah yang kawin dapat banyak tajaan tu. Jimat dah duit. Tapi masa kawin dulu tak ada buat loan pon. Every month kumpul duit masuk ASB ?
Nak tunjuk org gan majlis gegak gempita tak ada gunanya..ikut je lah kemampun. Nikah dulu itu yg lbh penting. Tgok cam shuib tu ha..anak dh berapa baru wat majlis gilang gemilang
Penat dgn kes hantaran yg tak habis-habis. Agak-agak kalau ikut qualification, cth PHd.. berapa hantarannya? Ikut kos belajhar bole tak? Hihi..
kawen lagi 1 yg xtahn tuu…huhuu..apa2 pun ukur baju dibadan sendiri la kan bro..jgn lepas kawen makan maggi..maggi pun mahal,,sardin pun mahal…huhuhu,.
Tak abis2 dengan isu wang hantaran, haritu viral tentang hantaran tinggi.. tapi endingnya tak best, jodoh tak panjang. Yg penting dlm perkahwinan bukanlah wang hantaran beribu riban, tetapi kehidupan sesudah kahwin itu yg jadi kritikal isu utk difikirkan..
Banyaknya member tu pinjam sampai 80K ye?, ramai sekarang ni yang buat loan untuk kahwin tapi kalau boleh berpada2 lah, ukur baju dibadan sendiri, jangan sampai menyusahkan diri dikemudian hari.
btw cantik gambar kawin bro tu :)
memanglaa tak bole lari dari semua ini kalau nakkawen.. klu dpt ibu bapa yg memahami settle masalahh
Tindakan paling bijak adalah guna duit sendiri
Sejujurnya tak terfikir lagi pasal kahwin. Rasa jauh lagi tapi benda macam ni kadang2 tak dijangka jugak. Kalau sampai seru, bila-bila boleh jadi. Tapi saya ambil nasihat Bro dan saya setuju juga. Terima kasih atas perkongsian, Bro!
Saya dulu kawen memang tak terfikir pulak nak menyusahkan diri buat loan semua. Semua pakai duit sendiri je. Masa dulu dulu saya bukan kaki shopping. Weekend pun lebih seronok lepak dekat rumah. Makan lunch dekat tempat kerja pun masak sendiri. Pergi kerja bawak motor je. Memang banyak boleh jimat. Kerja setahun dah terus kawen
Ishhhhhhhhhhhh tak berani dah loan2 bagai ni… selagi boleh jimat.kita jimat je kan…
Alhamdulillah, untung siap yang dapat onie nanti… Ok, nnt kita xpayah buat loan ek he…23x
For me, I really don’t mind kalau orang buat personal loan untuk kahwin sebab kita taktahu apa kisah hidup dia. Tapi semua ada pendapat masing masing :)