October 29, 2020

Lokasi Pilihan Mengadakan Majlis di De’Gouffron Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

De'Gouffron Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur
Masih tercari-cari lokasi yang sesuai untuk hoskan majlis perkahwinan ataupun acara korporat?

De’Gouffron kini membuka ruang acaranya kepada penganjur luar untuk mengelolakan sebarang aktiviti pelancaran khas, termasuk majlis perkahwinan dan makan malam korporat.



De'Gouffron Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur
Lokasinya terletak di yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur merupakan lokasi strategik di lingkungan lebuhraya Damansara-Puchong berhadapan IKEA Damansara dan Mutiara Damansara.

Ia telah mula beroperasi sejak 2015, De’Gouffron sehingga hari ini telah menganjurkan pelbagai acara yang melibatkan golongan korporat dan selebriti.

De'Gouffron Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur

De'Gouffron Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur

De'Gouffron Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur
De’Gouffron yang berkeluasan 8,180 kaki persegi dilengkapi dengan pentas rekaan terkini, sistem audio visual dengan teknologi semasa, dekorasi mewah dan elegen, perkhidmatan katering, servis pengangkutan termasuk koordinator trafik untuk pergerakan pergi-balik ke dewan acara.

Ia boleh memuatkan sehingga 1,500 tetamu untuk set buffet bebas dan 600 tetamu untuk set makan formal dalam dekorasi dewan berhawa dingin dengan kemasan hamparan rumput hijau mewah.
De'Gouffron Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur
De’Gouffron menawarkan harga pakej serendah RM29.90 seorang untuk pakej perkahwinan lengkap termasuk katering, pelamin, hiasan dekorasi dan pramusaji manakala untuk acara lain, harga tertakluk kepada keperluan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan De’Gouffron, layari www.gouffron.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Lokasi Pilihan Mengadakan Majlis di De’Gouffron Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

  1. Selesanya tengok tempat ini, tak perlu pening kepala kalau hari hujan atau sebagainya.
    Majlis berjalan dengan tenang dan kemudian boleh rehat dah tak pening fikir nak kemas itu ini.

    Apa yang penting sediakan duit RM sahaja…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *