April 18, 2024

[GIVEAWAY] 10 Pasang Tiket Menonton Filem “Dorm Melati” Untuk Dimenangi


[GIVEAWAY] 10 pasang tiket untuk 10 pembaca bertuah Blog BroFramestone bagi menonton filem seram “Dorm Melati” yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Pemenang, akan dijemput menghadiri Majlis Pratonton Filem Dorm Melati pada 10 Januari 2017 (selasa) pukul 8 malam di Damansara.

Apa yang anda perlu buat?

Tonton Trailer Filem Dorm Melati diatas.

Dah tonton?

1 – Nyatakan 2 sebab utama kenapa anda ingin menonton filem ini (contoh : Saya memang kaki filem seram blah blah blah & teringin nak jumpa pelakon yang menjayakan filem ini) di ruangan komen artikle ini.

Pastikan anda menggunakan email yang boleh kami hubungi.

2 – Kongsikan artikle ini di laman facebook anda beserta sebab yang anda nyatakan tadi. Pastikan post anda diset kepada public.

Tag 2 facebook page – https://www.facebook.com/MiG.On9/ dan https://www.facebook.com/hyebro (like dulu sebelum tag) pada status facebook anda tadi.

Contoh :-

Saya memang kaki filem seram blah blah blah & teringin nak jumpa pelakon yang menjayakan filem ini

Terima kasih MIG Online dan HyeBro

Mudah bukan?

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 Januari 2017 (Isnin) pukul 11.59 malam. Hanya pemenang bertuah sahaja akan dihubungi.

Filem Dorm Melati

Penafian : Tiket Dorm Melati ini ditaja oleh MIG Production khas buat pembaca Blog Bro Framestone.

Pemenang akan dihubungi dimana pihak Bro akan meminta maklumat seperti – Nama Penuh, No. Phone, No. MyKad untuk pengesahan sewaktu anda menuntut tiket kelak.

Ianya hanya boleh dituntut sewaktu Majlis Pratonton Filem Dorm Melati pada 10 Januari 2017 (selasa) pukul 8 malam di Damansara SAHAJA.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “[GIVEAWAY] 10 Pasang Tiket Menonton Filem “Dorm Melati” Untuk Dimenangi

  1. “Saya memang gemar tonton filem seram kerana saya sentiasa ingin menguji tahap keberanian dalam diri dan saya ingin berjumpa dengan pelakon hebat dalam filem ini terbitan MIG Online”

  2. Wow menarik!!.. Saya pun memang penggemar filem seram… berminat nak menonton. Boleh tambah koleksi artikel movie review di blog juga dan peluang ramah mesra dengan pelakon-pelakon DORM MELATI… best Bro :)

  3. Sebagai penggemar filem bergenre seram, aku memang tunggu² filem Dorm Melati ni lepas tengok trailer dia sebelum ni….
    Tengok trailer pun dah terkejut², apatah lagi tengok filem…
    Lepas tu, aku nak sokong industri perfileman kat Malaysia ni…

  4. Saya diberitahu ini merupakan kisah lagenda tempatan. Kenapa saya yang penggemar kisah seram ni tak tau pasal kisah ni. Alasan terbaik untuk menyaksikan filem ini di pawagam. Harap sangat kisah ini mampu buatkan bulu roma saya meremang bila sendirian nanti

  5. Saya ni mmg penggemar filem seram..walau takut tapi saya ttp nak tengok jugak!
    Selepas saya menonton triller dorm melati memang saya tak sabar nak tonton filem ini ditayangkan kerana tengok triller dia pun dah buat saya meremang bulu tengkuk.
    Yang penting juga kita sama2 sokong industri filem tempatan.

  6. Saya nak tonton filem ini sebab:
    1. Saya memang suka cerita seram, tapi suami saya tak suka dan saya memang suka ‘paksa’ dia tengok cerita seram dengan saya. Reaksi dia memang kelakar :D
    2. Banyak artis baru dalam filem ni, teringin juga nak tengok samada mereka ni berbakat dalam lakonan ke tak, lagipun nak bawa watak dalam filem seram kan susah.

  7. Dua sebab utama saya ingin menanonton Filem Dorm Melati ini adalah kerana Saya gemar menonton Filem Terbitan MIG Online dan saya ingin berjumpa dengan pelakon hebat dalam filem ini terbitan MIG Online.

  8. Dua sebab saya nak tengokDorm Melati ini ialah saya meminati cerita seram yang berlaku di asrama (Dorm) dan saya sangat ingin tahu siapa Melati dalam cerita ini.

Leave a Reply to ummizarra Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *