May 18, 2024

Hanya RM5 Sebulan, Anda Boleh Bantu Projek Iqra’ Beroperasi

RM5 Sebulan Buat Projek Iqra'
Dengan hanya RM5 sebulan, anda kini boleh melabur untuk saham akhirat anda.

Walaupun nilainya kecil, ianya memberi seribu makna buat Persatuan Kebajikan Projek IQRA’ SeMalaysia atau lebih dikenali sebagai Projek Iqra’.

Dari nilai yang kecil itu,

Ianya mampu menanggung kos pengurusan dan operasi serta kos pemasaran dan lain lain kos yang berkaitan dengan perlaksanaan program anjuran mereka.

Projek Iqra’ – Siapakah Mereka?

Projek iqra’ atau nama penuh nya adalah Persatuan Kebajikan Projek iqra’ Semalaysia adalah sebuah Persatuan yang berdaftar dengan pihak kerajaan Fokus dan matlamat Persatuan kami adalah untuk membantu meningkatkan tahap dan penguasaan pendidikan dikalangan anak anak asnaf & yatim di Rumah Rumah kebajikan serta komuniti.

Program ini tidak terhad kepada penguasaan membaca dan ianya tidak sama sekali berkaitan dengan program membaca al-quran.

Program utama yang berlansung setiap hari dan sepanjang tahun adalah Program Kelas Rakyat dan beberapa program yang lain.

Program berbentuk prep malam dan kelas hujung minggu tidak hanya memfokuskan kepada penguasaan kemahiran membaca namun turutmembantu para pelajar untuk menguasai kemahiran menulis, mengira dan bahasa inggeris.

Seramai 210 pelajar yang terdiri daripada anak anak yatim dan asnaf dari komuniti di Kuala lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak menyertai program anjuran kami

baca lanjut disini : http://kelasrakyat.org

Kempen RM5 Sebulan Buat Projek Iqra’

Kempen ini dijalankan bagi membolehkan rakan-rakan diluar sana turut serta membantu Projek IQRA’ untuk terus bergerak dengan lebih efisien dalam menjalankan program dan aktiviti untuk membantu golongan sasaran.

Tajaan yang diterima daripada kempen ini dapat memberi peluang utk PROJEK IQRA ‘ menampung kos operasi, pentadbiran dan sewaan ruang serta kos promosi dll.

Pecahan daripada tajaan yg diterima adalah seperti berikut :

  1. 80% utk kos operasi, pentadbiran dan sewaan ruang
  2. 20% utk kos promosi dan lain lain kos yg terlibat
  3. Kempen ini akan dilakukan pada setiap BULAN
  4. Jumlah kutipan akan ditutup setelah ianya penuh dan akan dimaklumkan kepada umum.

Sekiranya anda ingin menaja RM5 sebulan buat mereka, anda boleh baca maklumat selanjutnya disini : http://bitly.com/tajaRM5

Persatuan Kebajikan Projek IQRA’ SeMalaysia
No.10A, Persiaran Cahaya 2,
Taman Cahaya Indah, 68000 Ampang, Selangor

Website : http://projekiqra.com/ Facebook : https://www.facebook.com/ProjekIqra/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Hanya RM5 Sebulan, Anda Boleh Bantu Projek Iqra’ Beroperasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *