Apa kes, balut nasi lemak guna manga?
Surat khabar dah habis / pupus ke sampai jadikan helaian dari manga Arena Komik jadi pembalut nasi lemak.
He…23x
Bro salah seorang yang mengumpul manga Arena Komik dan Kreko dari awal-awalnya diterbitkan. Sekadar kumpul tak baca, bacanya selalu secara online.
Cuma, sejak GST diperkenalkan dan keadaan ekonomi tidak mengizinkan Bro meneruskan hobi ini. Mati terkubur begitu sahaja.
Tapi sekiranya ada yang menjualnya pada harga rendah. Memang Bro akan beli.
Baru-baru ini, adik Bro belikan nasi lemak untuk sarapan pagi. Malangnya kedai yang biasa kami beli tutup. So dia pergi beli dekat kedai lain (Tak tanya pula kedai mana dia beli).
Sewaktu makan baru perasan yang nasi lemak ini dibalut menggunakan helaian dari manga Arena Komik.
Jumbor
Antara manga yang Bro ikuti malangnya tak baca sampai habis pun.
Sekarang hanya kumpul manga One Piece dan Penyiasat Remaja. Memasing pun beli tapi tak baca he…23x
makan nasi lemak yang dibalut dengan mangga komik memang penambah rasa sedap tu bro..
terutama kepada peminat komik..
he 25x
Lagi la tak angkat kepala makan nasi lemak tu kan?
Makan-makan sambil layan komik gitu…
rasanya, yang bungkus tu pun pengumpul manga jugak kot..tapi disebabkan GST, beliau juga menguburkan minatnya lalu menggunakan koleksi sedia ada untuk membungkus nasi lemak beliau..sekian. hahaha.
http://www.ceritaejoy.com
Hahaha… Mungkin peminat tegar komik mangga ni.. ;)
Adeh..
Baik jual kalau xnak baca lagi…
sedap nasi lemak bertambah
kalau ikutkan nak balut ngan suratkhabar tak boleh dah kan
Sama la bro, sy pon ada kumpul. Tapi sekarang dengan bini dok bising kumpul buat ape. Ku simpan je la impian untuk buat gudang komik hehe.
He…23x balas balik… awat dia kumpul baju, kasut beg banyak2 he…23x
kertas komik pun pakai utk balut nasi lemak, haha.. bagus nie. Harap kertas tiada kuman lekat atasnya.