Jam tangan pintar honor Band Z1 telah mula dijual di Malaysia mulai 19 Januari 2016 pada harga RM259.
Untuk maklumat lanjut atau membelinya, anda boleh layari www.vmall.my.
honor Band Z1 hadir dalam bukusan kotak yang menarik, nampak unik.
Buka sahaja kotaknya, dah ternampak tulisan “Just try it” terpapar didalamnya.
Ok, apa salahnya kita mencuba, lagipun ianya jam tangan pintar edisi bajet yang boleh dimiliki pada harga RM259 ($79 di US sewaktu ianya mula dilancarkan).
Hadir dengan rekaan / design berbentuk bulat beserta LCD dengan resulusi 128 x 128 pixel.
Mempunyai sistem operasinya yang tersendiri (Tidak menggunakan OS Android Wear. Tetapi ianya mudah digunakan dengan hanya swipe ke atas, ke bawah, kiri dan kanan.
Mudah bukan.
Panel untuk mengecas terdapat dibahagian belakang.
Begitu juga dengan pin untuk on / off. Seeloknya tidak digalakkan menggunakan benda yang tajam untuk menekan pin on / off.
Tak pasal-pasal ianya cepat rosak.
Plug pengecasnya pula direka khas untuk digunakan bagi sebarang jam pintar honor dan juga Huawei.
Sekurang-kurangnya ianya bukan rekaan syok sendiri.
Pastikan sebelum anda menggunakannya, anda telah mengecas baterinya sehingga penuh.
Dikatakan baterinya mampu bertahan sehingga 3 hari.
Ini pertama kali Bro menggunakan jam pintar seperti ini. Bro terlupa untuk mengecasnya, akhirnya bateri pun habis sewaktu Bro berada di luar.
Rasa macam pelik je, kena cas bateri untuk jam tangan. Kalau terlupa, rasa macam keluar pakai jam mati (jam bateri habis)
Pastikan anda memuat turun aplikasi Huawei Wear (Android) pada telefon pintar anda.
Kemudian sync jam pintar honor Band Z1 dengan telefon pintar anda. Secara automatik, ianya akan memuat turun update terbaru untuk jam pintar anda.
Selepas itu,
Ianya sudah boleh digunakan untuk mengukur jumlah langkah, kalori dan juga tidur anda. Anda boleh monitor ia melalui aplikasi yang anda telah muat turun tadi.
Nantikan review seterusnya dari Bro tidak lama lagi.
Sebelum itu, jom tonton video sewaktu unboxing honor Band Z1 dari Bro.
ohh..jam rupanya.
aku ingatkan handset tadi.
Yup jam…