January 26, 2025

Setia Alam Menjadi Lokasi Pilihan Tertinggi Kempen #DigiWeWant4G

Setia Alam Lokasi Pilihan #DigiWeWant4G
Digi telah melancarkan kempen di twitter, #DigiweWant4G bagi mengumpulkan hashtag lokasi yang terbanyak dimana pihak Digi akan membina menara pemancar 4G Digi di tempat tersebut.

Setia Alam, menjadi tempat pertama dipilih untuk kempen #DigiWeWant4G ini bersama 9 lokasi yang lain.

Kempen twitter #DigiWeWant4G ini berjalan selama sebulan, dan berakhir pada 15 Disember 2015.

Sepanjang tempoh kempen berlangsung, pelanggan Digi boleh mengundi untuk lokasi seterusnya untuk memiliki rangkaian 4G LTE dengan melakukan undian melalui Twitter dengan menyertakan hashtag #DigiWeWant4G.

10 lokasi yang paling banyak ditweet bersama #DigiWeWant4G, dan akan dibina menara pemancar 4G Digi adalah:

  1. Jejawi, Perlis
  2. Arau, Perlis
  3. Lunas, Kedah
  4. Batu Gajah, Perak
  5. Setia Alam, Selangor
  6. Simpang Renggam, Johor
  7. Tenom, Sabah
  8. Papar, Sabah
  9. Limbang, Sarawak
  10. Bau, Sarawak

Untuk maklumat lanjut tentang capaian rangkaian 4G LTE Digi di Malaysia, layari laman web digi.my/4GLTE

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Setia Alam Menjadi Lokasi Pilihan Tertinggi Kempen #DigiWeWant4G

  1. Batu Gajah Perak ada dalam senarai… dekat dgn rumah ayah mertua saya tu… dan dekat juga dgn rumah kami di sana… Syoklah kalau kami dpt berpindah ke Ipoh satu hari nanti..

  2. Setia Alam jadi tempat tumpuan penduduk di sekitar Shah Alam dan Klang. Saya sellau bawa anak-anak main bubbles kat padang Setia Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *