Satu kejutan dari pihak Honda Malaysia bila Bro & rakan-rakan media diberi penginapan bertaraf 5 bintang di The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Rasanya hilang penat seharian memandu dari Kuala Lumpur & membuat liputan Honda – The Family Road Trip di sini.
Memang agak penat, sekiranya tidak berehat sepanjang hari.
Kunci bilik…..
Memang teruja bila menerima kunci bilik dan dinyatakan seorang blogger dapat 1 bilik. Terima kasih Honda Malaysia.
Masuk sahaja bilik, nampak katil macam memanggil-manggil. Lagi-lagi bila ternampak bantal yang gebu-gebu untuk digomol sepanjang malam ini.
Siap ada kerusi malas dekat sebelah.
Dengan TV bersaiz 32″ bersama dengan meja yang bakal menjadi workstation sepanjang Bro berada disini.
Agak selesa untuk buat kerja sambil malayan rancangan di TV dari Hypp TV. Kedudukan workstation yang agak strategik, luas dan selesa untuk membuat kerja.
Boleh nampak ruang antara katil dengan TV agak luas. Selesa untuk mengerjakan solat didalam bilik.
Bila sebut pasal solat, tertanya-tanya juga arah kiblatnya sebab dekat siling bilik tiada tanda arah kiblat seperti kebiasaan hotel.
Rupa-rupanya sejadah dan arah kiblat diletakan dalam laci meja disebelah katil.
Memang terbaik…!!!!
Menjadi peneman Bro untuk menonton TV sambil buat sedikit kerja di ‘workstation’ sementara Bro.
Last-last pukul 1 pagi, Bro tidur. Bangun pula pukul 3.30 pagi, terus tak boleh nak tidur-tidur dah. Parah….!!!
Breakfast di The Light Hotel, Seberang Jaya
Breakfast turut disediakan di The Light Hotel, Seberang Jaya ini.
Memang selesa dan santai, dengan pilihan makanan yang pelbagai. Yang menariknya, kebanyakan makanan dimasak secara terbuka dimana anda boleh melihat chef disini memasak dan kebersihan dapur mereka.
The Light Hotel – Seberang Jaya, Pulau Pinang
Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya,
13700 Seberang Jaya,
Pulau Pinang, Malaysia
Tel No. : +604-382 1111
Website : www.thelighthotelpg.com
Facebook : https://www.facebook.com/thelighthotelpg/
Bicara Bro : Terima kasih kepada Honda Malaysia kerana sudi menaja penginapan di The Light Hotel – Seberang Jaya, Pulau Pinang sepanjang Bro & rakan-rakan membuat liputan The Family Road Trip di Auto City, Juru.
Gambar Blogger yang menyertai “City Bloggers Drive” bersama Honda City yang menjadi pengangkutan rasmi kami sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Assalammualaikum…
wahh… best nyer suasana hotel yang sungguh menyenangkan untuk beristirehat …. sweet dream bro..
mselim3
bertuah bro bleh menginap hotel 5 bntang..
wow, so good, i wish can go next time, thanks for sharing.
u r welkome…. memang best hotelnya….
untooonglahh bro dok hotel 5 star x invite kitew ;'( hehehhehehe
Omai……. Kenapa x cakap awal-awal, boleh bro invite datang bilik hari tue…. (hari tue dok tingkat berapa ek?)
semua ni atas berkat usaha bro juga. tahniah :)
terbaik la honda..bile honda nak buat lagi ni..