Pasti anda ingin nampak bergaya dan anggun sempena hari raya pada tahun ini.
Oleh itu Poh Kong, jenama barang kemas terkemuka di Malaysia telah berkerjasama dengan Andrew Models untuk memperkenal koleksi signature pada pameran Gaya Koleksi Raya 2015 di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.
Pada majlis tersebut,
Gaya Koleksi Raya 2015 telah menampilkan koleksi menarik Poh Kong sempena musim perayaan yang bertatahkan permata dan berlian.
Pertunjukan fesyen pada pelancaran koleksi ini juga mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini, Alia Bastamam dan Justin Yap.
Ianya pasti mencipta suasana hari raya yang meriah dan versatil bersama barang kemas Poh Kong.
Antara koleksi yang diperagakan sewaktu pameran Gaya Koleksi Raya 2015.
Menerusi koleksi anggun terbaharu ini.
Poh Kong menampilkan barangan perhiasan dengan emas kuning 916/22 Karat terdiri daripada rantai labuh, gelang tangan, subang, cincin dan rantai tangan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.pohkong.com.my, Facebook Page fb.com/pohkongjewellers atau Instagram @PohKongMY
******* Bicara Bro Framestone *******
Lelaki juga perlu nampak bergaya di hari raya.
Walaupun tiada hiasan emas pada diri, cukup la mempunyai hati emas untuk diberikan kepada insan yang layak menerimanya… Cewah…!!!
Koleksi sempena Raya yang bling-bling.
waw,, keren fashion nya,,,
amboi…cantik-cantik emasnye…