June 27, 2025

Kejutan dari Mr Henry Middleton untuk Musim Terbaru Oh My English! Class of 2015

Oh My English! Class of 2015
Berita baik buat peminat setia rancangan Oh My English!

Ianya kembali dengan musin terbaru Oh My English! Class of 2015, di mana anda akan menonton bagaimana pelajar 4 Merah kesayangan anda semua menjejakkan kaki ke tahun senior mereka.

Ia akan bersiaran secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad, 6.30 petang, mulai 7 Jun 2015.

Kejayaan Terbaru Oh My English!

Baru baru ini, Oh My English! telah mencipta sejarah tersendiri apabila tercalon dalam kategori ‘Children and Young People’, Anugerah Digital Antarabangsa Emmy 2015; menjadikannya rancangan pertama dari Malaysia mendapat pengiktirafan tersebut.

Banyak kejayaan yang telah dikecapi Oh My English! sejak mula dilancarkan pada tahun 2012. Sokongan berterusan para pelajar, ibu bapa dan hampir kesemua rakyat Malaysia membolehkannya meraih jumlah tontonan seramai 7.9 juta, dan sekali gus menjadikan Oh My English! rancangan ‘edutainment’ paling berjaya di Malaysia.

Bukan sahaja di televisyen, malah Oh My English! berjaya mencipta pengaruh yang tersendiri di media sosial dengan lebih 16 juta tontonan direkodkan dalam akaun YouTube, 629 ribu peminat di Facebook dan semakin mendapat tempat di hati pengguna di Twitter dan Instagram.

Kejutan Oh My English! Class of 2015

Mr Henry Middleton (Zain Saidin) - Oh My English! Class of 2015

Pada musim ini, anda akan disajikan dengan kejutan yang cukup besar yang mana Mr Henry Middleton (Zain Saidin) telah mengalami perubahan fizikal sehingga menyebabkan beliau tidak lagi dikenali.

Memang kejutan yang cukup “BESAR”

Bukan itu sahaja, perhubungannya dengan Cikgu Ayu seakan dilanda badai apabila muncul guru baharu yang cukup kacak dan berupaya menambat hati pelajar dan guru SMK Ayer Dalam iaitu Cikgu Ariff (Nazrief Nazri).

Terdapat juga wajah baharu yang akan menceriakan suasana SMK Ayer Dalam menerusi telatah dan gelagat masing-masing.

Ini termasuklah pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat yang cukup menawan, Taylor Marie Smith (Juliana Evans) dan para pelajar junior merangkumi si cantik Bella (Chacha Maembong) yang kuat bergosip, si ulat buku Sayur (Azzam Sham) yang gelabah, jejaka pemalu yang mempunyai bakat besar dalam muzik, Zeeq (Afeeq Emir) dan juga si manis Qila (Syamiem Elnisa) yang lemah lembut tutur bahasanya.

New Cast Oh My English! Class of 2015

Seperti yang kita sedia maklum pada musim sebelum ini dimana See Yew Soon (Roax Tan) dikatakan meninggalkan SMK Ayer Dalam. Tapi watak beliau akan muncul kembali pada musim ini atas permintaan ramai.

Begitu juga dengan Zack (Juzzthin), Jojie (Nadiya Nisaa), Mazlee (Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa Ravindran) dan Jibam (Akhmal Nazri).

Tidak dilupakan juga para guru SMK Ayer Dalam yang tersayang iaitu Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah), Miss Soo (Carmen Soo), Puan Aida (Ogy Ahmad Daud) di samping Sarjan (Rahim R2) yang menghidupkan watak pengawal keselamatan yang cukup peramah.

Penampilan Istimewa Oh My English! Class of 2015

Terdapat penampilan istimewa pada musim ini untuk menjanjikan jalan cerita yang cukup hebat. Antaranya Achey, dari kumpulan Bocey dan juga penyampai radio nombor 1 Malaysia, Hitz FM, Ean dan Adam C.

Paling menarik, nantikan kemunculan penyanyi dan juga komposer yang telah berjaya mencipta nama di seluruh dunia, Ed Sheeran. Jadi, jangan lupa untuk mengikuti kesemua 20 episod Oh My English! Class of 2015 untuk melihat sendiri lakonan mereka.

Para pelajar boleh melayari laman sesawang Oh My English! untuk mengakses pelbagai kandungan interaktif merangkumi latihan mingguan, kuiz pop, rencana dan permainan menarik.

Anda juga boleh berjumpa karakter kegemaran anda dalam sesi jelajah cuti sekolah, sesi bertemu peminat, ‘Oh My English! Day Out’ dan Gempak Desa yang akan diadakan tidak lama lagi.

Taylor Marie Smith (Juliana Evans) - Oh My English! Class of 2015
Bersama Taylor Marie Smith (Juliana Evans).

See Yew Soon (Roax Tan)  - Oh My English! Class of 2015
Bersama See Yew Soon (Roax Tan) – Watak beliau akan kembali pada musim ini atas sambutan hangat dari anda semua.

Sebanyak 20 episod bakal memeriahkan musim terbaru Oh My English! Bersama-sama dua telefilem istimewa yang akan disiarkan pada musim cuti sekolah nanti.

Musim terbaharu Oh My English ini menjanjikan lebih banyak keriangan, kejutan dan kaedah baharu untuk memperkasa penguasaan bahasa Inggeris anda.

Oh My English! Class of 2015 akan bersiaran secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad, 6.30 petang, mulai 7 Jun 2015. Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 03-95433838 ataupun layari www.astro.com.my.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Kejutan dari Mr Henry Middleton untuk Musim Terbaru Oh My English! Class of 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *