April 18, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger – Part 43 : Bahana Blogger Sign Contract

Blogilvy Blogger Gathering
Bro akui kebanyakan blogger yang mempunyai nama yang agak gah dan berpengaruh pasti dilamar oleh beberapa syarikat atau agensi besar.

Selain dijanjikan projek atau kempen yang menarik, pasti ada sesuatu yang mereka perlukan dari blogger tersebut, yakni “Loyalti” atau erti kata lain “Kesetiaan”.

Tapi, bagaimana nak buat blogger tersebut loyal dengan mereka?

Jeng jeng jeng….!!!

Blogger Sign Contract

Iftar Bersama Blogger 2014

Maka terjadinya perjanjian MOU diantara blogger dan syarikat/agensi berkenaan. Termenterainya perjanjian melalui kontrak yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

Dengan syarat.

Sebarang pengiklanan atau penglibatan blogger berkenaan perlu melalui mereka. Syarikat atau jenama lain tidak boleh berusan secara direct dengan blogger terbabit.

Dan dijanjikan sebarang projek atau pengiklanan untuk blog mereka akan diuruskan sepenuhnya oleh syarikat/agensi berkenaan.

Maka blogger terbabit hanya duduk layan blog dan tunggu projek masuk (itu pun jika ada projek masuk).

Turut dijanjikan juga sedikit komisyen jika memperkenalkan prospek yang berminat untuk mengiklan kepada syarikat/agensi tersebut.

Bunyi macam masyuk je kan.

Blogger Switch for XTRA Road Challenge

Perjanjian Tidak Seperti Yang Diharapkan

Apa yang ada dalam syarat perjanjian yang ditandatangani cukup bagus dan memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.

Cuma kadangkala ianya tidak seperti yang kita harapkan.

Mungkin selama ini, blogger tersebut boleh dapat 5-10 projek sebulan dengan pendapatan yang agak lumayan. Semakin berkurangan kepada 1-2 projek sebulan, tetapi pendapatannya lebih lumayan dari sebelumnya atas alasan anda adalah “Blogger Premium”.

Blogger Premium yang dimaksudkan disini adalah Blogger yang hanya memilih projek yang bersesuaian dengan blog dan pengikut mereka bertepatan dengan jumlah charge yang dikenakan.

The Influencer - Top Malaysia Bloggers

Wah…!!

Bunyi macam gempak je kan.

Tapi lain jadinya bila awal-awal sahaja ada projek masuk. Kemudian senyap tanpa ada apa-apa perkembangan.

Projek yang masuk pula tak beberapa nak masyuk. Kenapa jadi macam ini?

Kembali kepada pihak syarikat/agensi berkenaan. Ingat senang ke nak jual produk (yakni blogger yang berpengaruh) kepada Klient.

Ada klient yang mempunyai bajet terhad, dan ada pula blogger yang tidak memenuhi kriteria yang mereka inginkan (Korang ingat, semua orang nak mengiklan dengan blog korang ke kalau tak dapat penuhi kateria dorang).

Contohnya.

Tak kan la Syarikat susu bayi nak mengiklan dekat blog anak dara hingusan. Baik mereka mengiklan di blog yang pemilik dan pembacanya dari golongan orang yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Tak kan pula syarikat produk kecantikan wanita nak mengiklan di blog lelaki atau Abg Sado.

Begitu juga dengan syarikat atau agensi-agensi islamik. Tak kan mereka nak mengiklan di blog gosip dan dipenuhi dengan keyword-keyword lucah.

Mereka pun ada otak pemikiran untuk berfikir mana yang terbaik untuk produk dan nama baik syarikat mereka.

Blogger Talent, Blogger Kesayangan Mereka

Blogger James Bond Skyfall

Kebanyakan syarikat/agensi berkenaan bukan berurusan atau ada perjanjian dengan anda sorang sahaja. Dibawah mereka pasti ada berpuluh atau beratus blogger yang sign contract dengan mereka (blogger talent).

Bergantung pula sama ada klient berminat atau tidak untuk memilih anda dari kalangan blogger yang dicadangkan oleh syarikat/agensi tersebut.

Paling terus sekali, bila……

Syarikat atau agensi tidak mampu bersaing dengan lawan mereka dan keadaan semasa yang tidak memihak kepada mereka membuatkan mereka agak sukar memberikan yang terbaik buat anda.

Mungkin itu punca beberapa syarikat yang bungkus dan tutup bisnes.

Syarikat/Agensi Turup, Bayaran Lebur

Sepanjang Bro berblog dari tahun 2006 hingga sekarang. Ada banyak syarikat yang cuba bekerjasama dengan Bro. Ada yang masih wujud dan ada yang terkubur tanpa sempat buat pembayaran kepada Bro.

Pada siapakah Bro patut merayu.

Dan perkara ini bukan Bro sorang sahaja yang terasa, ramai juga yang pernah terlibat dalam konflik seperti ini.

Rakan Blogger Petronas KLCC

Teringat lagi beberapa tahun sudah.

Ada satu syarikat dari luar negara cuba menjalinkan kerjasama dengan Bro, sampaikan Big Bos mereka sudi buat temujanji untuk berjumpa dengan Bro.

Malangnya ia tidak seperti apa yang dijanjikan.

Cuma nasib Bro bertuah sebab tidak sign contract dan juga tidak sudi mengambil projek dari mereka jika syarat yang Bro tetapkan tidak dapat mereka patuhi.

Tetapi bagaimana dengan nasib blogger lain?

Ada yang hampir setahun, tidak mendapat sebarang bayaran seperti yang dijanjikan. Adakah kami ini golongan yang buat kerja, tapi tak dapat upah?

Bicara Bro : Harap hutang tahun lepas yang mencecah 5 angka dapat ditunaikan seperti yang dijanjikan pada awal tahun ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

26 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger – Part 43 : Bahana Blogger Sign Contract

  1. blogger level2 saya ni.. berangan la ada company besar nak sign contract katanya hahaha.. Lagipun setakat ni selesa berblog tanpa terikat dengan sesiapa atau apa2.. Sebab kita ada contract sebagai bini & mak orang sepenuh masa so tak berani untuk ambil komitmen. Berblog sebab minat & income sikit2 yang masuk tu umpama bonus seorang surirumah yang berhobi. Taknak bebankan diri dengan komitmen lain. Asalkan enjoy berblog sudah… Masih tak berniat jadikan blog satu kerjaya.

  2. Belum sampai tahap blogger gaban. Biasa-biasa sahaja. Kalau sudah ada kontrak akan terikat dengan terma. Perlu teliti dahulu kandungan perjanjian terlebih dahulu.

    1. Kadangkala kandungan dah ok, cuma… kadangkala ada ketikanya ianya diluar bidang kuasa kita.

      Apa-apa pun kita sebagai blogger, kena buat yang terbaik buat blog kita.

  3. sebab tu, aku kalau terima kontrak pun..aku ambil base on satu blog sahaja.

    bukan base on blogger.

    dan perbanyakkan blog.

    satu blog..lom cukup nak cover apa yang kita nak tu.

    1. Itu la… Kebanyakan blogger yang mereka sign hanya mempunyai satu blog. Dan dalam contract mereka ikuat blogger tersebut dan bukannya blog.

  4. Gua belum lagi sampai ke tahap blogger superhero yg pegang watak penting. Gua cuma blogger yg pegang watak kecik.

    sebab tu pentingnya ada hubungan baik sesama rakan-rakan.baru kita tahu sempadan mana yg boleh kita masuk dan yg mana kita kena abaikan

  5. Kalau hutang dah sampai 5 angka tu mungkin patut kena ambil tindakan bro.. refer balik kontrak, tengok dia ada janji tak bila nk bayar. kalau takde, upah lawyer je. takkan nak jadi lembu kena tarik hidung sampai bila2. kita pun ada komitmen.

  6. pada saya kan bro, mereka ini ambil untung atas angin. banyak contract yang diberikan pada blogger sekadar memenuhi profile company mereka. Mana yang mereka suka, maka mereka akan push satu nama tu je tanpa ada pelung sama rata di kalangan blogger. betul, kadang memang ada pilihan client tapi kalau manjang dia je…. hmmm faham-fahamlah ye.

    Better kita manage sendiri urusan blog kita. Insya Allah rezeki sentiasa ada walaupun tanpa orang tengah.

  7. Banyak juga cabaran nak jadi full time blogger ni rupanya.. Kesian dekat bro… Rasanya kita perlu buat persatuan, untuk menjaga kebajikan blogger.. Seperti Persatuan Usahawan Internet tu… Setidak-tidaknya bila berlaku perkara macam ni, ada pihak yang dapat membela nasib blogger di Malaysia..

  8. multiple kan source of income, tak terhad pada satu je..kalau ikat kontrak sekalipun kena promo itu ini, penat gak badan.advertiser international pun ada banyak..ikat kontrak bayar setahun terus, USD500 sekali ke, USD1000 sekali ke..yang penting depa jenis bayar dulu..
    bila kita buat blog niche yang berkualiti, maka ramai yang datang nak mengiklan..

    kalau advertiser Malaysia ni macam gitu le….

    banyakkan blog berkualiti, blogger tak semestinya bergantung kepada advertiser yang besar-besar tu, sebab kerja blogger bukan promote iklan je kan..:D

  9. Saya pulak any deal dari company pengiklanan jika setuju ikut terms saya baru saya buat. Bukan demand saya tak mau rasa tak puas hati kemudian hari..buat keja pun jadi tak syok.

    Yg contract bkn semua saya terima…sangat penting baca betul2 agreement. Ada yg terpaksa ammend byk kali huhu zalim kan….bukan apa betul cakap bro takut hal mcm ni lah berlaku.

  10. tak pernah alami sign contract dengan mana2x company sama ada kecik or besar. Kalau ada pun nanti aku akan pastikan aggreement yng dibuat memihak kepada aku sebagai blogger picisan. :D

  11. Mmg belum sampai tahap blogger power mcm tu lagi… rasa mmg tak sampai kot hehee. Sekadar menulis apa yg bersesuaian disamping merebut peluang rezeki yg ada je…

    Hutang sampai 5 angka tu mmg kena tuntut sampai ke lubang cacing bro.. banyak benda boleh buat.. Semoga dipermudahkan bro.. :)

  12. ehhhh ada gmbar kite la hahahahaha..
    saya orang panggil kita datang..tak panggil duk umah diam2..jaga anak..alhamdulillah ada je rezeki dari blog..walau tak de la masyuk..lepas la susu anak..blh masuk tabung bunian katanya..time tedesak desak..gituuuuu

  13. Ah itulah lumrah hidup blogger.

    Biasanya I mintak bayaran dulu sebelum buat posting sebanyak benci asyik kejar bayaran… kalau syarikat kenalan pun kena tengok tengok..

    I lebih selesa jadi independent , tak payah terikat kaki dan tangan dalam blog management. Lagipun biasanya janji mesti manis tapi bukan banyak yang boleh tunaikannya.

Leave a Reply to KiD Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *