Dekat Malaysia sekarang, boleh dikatakan semua benda naik tak turun-turun. Yang turun hanya hujan ataupun paras air dalam empangan (itu pun bila tibanya musim kemarau). Bila tiba musim hujan, paras air pun naik, sampai ke bumbung rumah (banjir).
Belum lagi tahap kesabaran rakyat Malaysia yang selalu naik minyak bila diumumkan harga minyak naik.
Bagi Bro,
Tak perlulah sampai kena ikat perut untuk berjimat cermat.
Cuma perlu kawal pembelanjaan dan pandai penguruskan penggunaan wang untuk benda yang sepatutnya. Bila duit kita dibelanjakan pada benda yang tidak sepatutnya, itu rasa macam duit yang kita ada macam tak cukup je.
Cara Elak Ikat Perut
Pastikan tangki perut anda tidak terlalu besar, jika besar jangan la bernafsu besar. Kawal sikit nafsu makan itu. Tak perlu nak makan itu ini begitu begini.
Kalau rasa tak cukup makan.
Masak sendiri dekat rumah. Nasi + kicap + telur goreng pun cukup. Pastikan nasinya banyak dan telurnya sebiji je. Biar kenyang makan nasi. Baru penuh tangki perut itu.
Kalau rasa nak cepat kenyang. Pastikan makanan yang anda makan berkuah. Buh sup sayur pun dah cukup sebenarnya. Asalkan ada rasa + anda kenyang.
Tak perlu nak makan nasi bubuh air + garam.
Paling penting, bila dah tahu tangki perut anda itu besar. Bawa-bawa bersenam atau menjalankan kehidupan yang lebih sihat.
Jika betul caranya, makan sedikit pun dah kenyang dan mampu memberi tenaga secukupnya untuk anda menjalani kehidupan seharian.
Pemilihan Makanan Untuk Berjimat
Memang susah nak buat pemilihan makanan, lagi-lagi bila kita rambang mata tengok banyak makanan terhidang depan mata untuk kita pilih.
Mungkin sebab itu, ada beberapa kedai makan dah sediakan menu tertentu untuk memudahkan orang buat pemilihan terutama diwaktu puncak (waktu makan tengahari).
Siap ada yang sedikan menu makan dalam bentuk set pada harga yang murah lagi . Tetapi pada waktu-waktu tertentu sahaja.
- Beli Sausage McMuffin dengan Telur untuk hanya RM2.95 (Isnin hingga Jumaat, 4 a.m. -11 a.m.)
- Beli satu Ayam McCountry, percuma satu (Isnin hingga Jumaat, 11 a.m. – 4 a.m.)
- Beli satu Samurai Jr Daging, percuma satu (Isnin hingga Jumaat, 11 a.m. – 4 a.m.)
- Beli tiga jenis set Happy Meal untuk hanya RM5.95 setiap satu (Jumaat hingga Ahad, 11 a.m. – 4 a.m.)
Sumber : Facebook McDonalds
Sebab ramai antara kita menganggap makanan yang mahal adalah lebih baik tapi ni tak semestinya betul.
Anda perlu bijak memilih mana yang terbaik untuk anda.
Jangan seksa diri kerana nak berjimat. Tetapi perlu bijak dalam berjimat.
Assalammualaikum… bro,
mselim3 setuju dengan penyataan bro nie.. berjimat itu perlu.. tapi nak berjimat kena atur ‘strategik’… betul bro. Zaman sekarang semua barang naik… pehh.. mencabar betul . Lagi hidup di bandar besar seperti KL dan JB….
mselim3
W’salam
Kaadngkala nak berjimat cermat ini, kena kurangkan keluar rumah jika tak perlu. Contoh takat nak beli satu dua benda… Baik tunggu beli berbanyak hujung minggu. Ada sale he…23x
btui tu bro..
hati gembira makan nasi putih pon sedap jugak
beli 1 burger percuma 1 burger..on la tu…
Bro kalau sehari tak makan nasi, rasa na pitam dibuatnya…. Tapi kalau teringin nak makan burger dan berjimat… Masak dekat rumah he…23x (itu pun kalau rajin nak masak)
teringat baru memula kawin, makan telur dada, sambal belacan dengan sup kosong… huhu semuanya mahal sekarang, dah la sha memilih makan… huhuhu
Selamat Bro mula-mula kahwin dulu xmakan macam tue, bila teringin je Bro masak macam tue….
Sambal belacan benda wajib ada tue
bagi aku berjimat bukan bererti ikat perut…aku banyak belajar daripada ibu bapa kau dulu yang pernah hidup susah..setiap hari pasti ada 3 kali makan nasi..walaupun kami susah..tapi lauk pauk tidaklah semewah orang lain..aku pernah merasa..telur 4 biji..dogoreng jadi telur dadar..lepas tu dihiris unutk dikongsi dengan 7 adik beradik..inilah jimat cermat
4 bijik ok lagi tue… Bro sebijik share 4 orang he…23x
bijak dalam berbelanja itulah kata kuncinya.
kita yang menentukan ekonomi keluarga, jangan diikutkan sangat apa orang ada dan apa orang makan.
kita bukan seperti mereka yang mewah dan kita tak perlu semewah mereka dalam hal perbelanjaan makanan harian.
biar cukup seadanya.
Yup betul tue, nak makan mewah sekali sekala boleh, jangan selalu.
Tapi nak makan mewah pun kena bijak juga. Try dapatkan time mereka buat promosi.
cantik gambar ni, pakcik ni ikat perut sebab nak panjat pokok kelapa kot. yg penting makanan sihat tak perlu makanan mewah hari….
Nak panjat pokok kelapa, perut tak boleh boroi, nanti susah nak memanjat he..23x
Pilihan ada di tangan sendiri…nak jimat kena la pandai aturkan perbelanjaan…kalau makan kat luar sellau memang rabak la poket
Boleh je makan dekat luar selalu, asalkan poket orang lain yang rabak he…23x
setuju dengan bro. penjimatan secara terancang yang penting. supaya tidak memudaratkan diri dan juga keluarga. kawal perbelanjaan. ok. tiba-tiba ada idea berkaitan dengan penjimatan. ^_^
Ada idea ek? buat la entry then kredit dekat bro… Nak juga baca
Setuju! Berjimat boleh, janganlah sampai ikat perut kan. Hee
Boleh je nak ikat perut jika nak kurus :)
Betul tu bro, masa time gawat xde kerja dulu budget makan utk sebulan rm50 je. Beli siap2 1kampit beras, 1 papan telur, 1 botol kicap, 1bungkus gula dan 1 bungkus teh tahan sebulan. Ni la makanan ruji dulu2 dikala susah. Rezeki dimana2 kalu berusaha.
Waktu bujang boleh la, dah ada keluarga dan anak nie. RM50 cukup2 beli pampers + makanan dia je.. Itu pun tak sampai sebulan punya.
Sekarang ini perlu betul-betul merancang perbelanjaan. Bukan bermaksud perancangan perbelanjaan kita sebelum ini gagal ini kerana harga barang sudah naik.
Perancangan perlu diperbaiki dari masa ke semasa, sebab ada banyak faktor yang mempengaruhinya.
berjimat dan bersedarhana amalan mulia….tapi kebanyakkan daripada kita nafsu makan mengatasi segala-galanya….
Nafsu makan rakyat Malaysia memang melampau he..23x Ok itu je Bro nk cakap
Kena fikirkan yang mana satu keperluan dan yang mana masuk dalam kategori kehendak… itu pasti dapat membantu sebenarnya….