Pengalaman pertama kali renew passport, kiranya renew permit sebagai travel blogger.
Sejak kahwin, passport dah jadi pekasam. Tak pernah digunakan.
Kalau bukan disebabkan dapat peluang untuk travel ke negara orang sepanjang penghujung tahun 2014, rasanya mesti tak renew-renew passport ini.
Ikut plan asal,
Nak keluar awal pagi untuk renew passport, tapi biasalah bila sudah berkahwin dan ada anak kecil, pasti delaynya agak keterlaluan.
Lokasi pertama Bro tuju adalah Jabatan Imigresen Kelana Jaya.
Tak ramai orang, tapi sewaktu ambil no giliran. Brader dekat kaunter itu bagitau, passport akan siap lagi 2 hari. (What the Hell..!! Ini kali kedua buat passport di Kelana Jaya, mesti delay 2 hari)
So brader itu suggest suruh pergi ke Jabatan Imigresen yang lain.
Lepas survey-survey dekat facebook, ramai cadangkan buat dekat UTC Plaza Rakyat tetapi Bro pilih Putrajaya.
Sampai je Putrajaya (memang set waze ke Jabatan Imigresen Putrajaya)
Malangnya, untuk urusan passport perlu buat di lokasi lain. Yakni di Menara Ikhlas yang berada bersebelahan dengan bangunan Imigresen Putrajaya
Infomasi
Pembukaan Operasi Pejabat Pasport di Aras 3, Tower A, Bangunan Menara Ikhlas, No.17, Persiaran Perdana, Presint 3, 62100 Putrajaya akan dibuka mulai 7 April 2014 (Isnin).
Cuma agak jauh dari tempat Bro parking kereta sementara.
Lepas ambil angka giliran (tengok lambat lagi baru sampai turn Bro) Bro terus pergi hantar puan isteri pergi kerja dekat Cheras sebelum datang kembali ke Putrajaya.
Sekali bila nak dekat-dekat dengan angka giliran Bro,
Boleh pula masuk waktu rest (pukul 1-2 tengahari untuk orang pergi lunch) So bro terpaksa menunggu lagi sejam sebelum mereka beroperasi kembali.
Alhamdulillah,
Selesai juga urusan renew passport.
Bro ingatkan nak renew passport mereka akan gunakan gambar yang sedia ada dalam sistem (gambar waktu ini, Bro amat hensem. Pandai brader yang ambil gambar)
So dengan comotnya Bro pergi renew passport. Memang sememeh muka dalam passport yang baru ini.
Next week akan ke Medan, Indonesia buat kali ke 2 dibawah AirAsia (makan, minum, penginapan dan pengangkutan disponsor – alhamdulillah) Tapi kena tinggalkan anak isteri. Mungkin hujung tahun ini bawa mereka pula :)
Pusat imigresen dimana-mana akan sentiasa sesak. Kita rasa kita datang awal tetapi ada lagi yang datang awal dari kita. :-)
Kalau ikutkan Kelana Jaya pukul 7 dah ramai orang sedangkan ianya mula dibuka pada pukul 8 pagi
Bro, taknak tunjuk gambo passpor baru ke ?
Malu la… he…23x
saya renew guna online system 2 tahun lepas… datang pejabat imegresen untuk collect pasport jer.. hehe…. nanti akhir bulan ni nak renew pasport lagi..
Tak tahu boleh renew online he…23x
Kalau renew online, mereka akan gunakan gambar yang sebelum ini ke?
boleh bro.. bab gambar jangan risau… kita akan upload sendiri gambar tu ikut syarat dan saiz yang dah ditetapkan.. jadi kalau ada gambar lama dalam bentuk JPG, boleh lah guna… ekekeke…
Kena uplaod juga la kiranya. Erm.. tetap xboleh ke guna gambar lama yang ada dalam sistem mereka.
Hensem pe gambar tue he…23x
Kalau nak gambar lain. Semuanya gambar selfie je la. Itu pun pakai kamera handphone je
pi kelana jaya ok je ritu
Mungkin bila sampai turn Bro, jadi macam tue kot
saya lagi la tak pernah buat passport sebab takde plan nak ke luar negara…rasa macam nak buat je tapi macam tak sanggup pula nak menunggu lama2 ni…heee
Tunggu ada plan baru buat. Kalau ada passport tapi x guna, rugi juga
buat je passport tapi tak guna buat rugi duit je…huhu
Untung la dpt pergi ye..
Alhamdulillah rezeki
Assalamualaikum,
Dulu pernah buat di Imigresen Putrajaya, hanya 2 jam sahaja. Mungkin sebab pergi pagi-pagi kot…
kalau di Imegresen Kajang, ambil masa panjang sikit tetapi kena pergi awal untuk ambil nombor. Dah dapat nombor mereka akan bagi tahu jam berapa nombor kita akan naik. Jadi boleh pergi buat urusan lain dulu.
Kalau tahu jadi kes macam ini, pagi-pagi dah terus ke Putrajaya. Malangnya banyak urusan perlu diuruskan sebelum keluar rumah.
Betul tu,saya pernah buat passport kat imigresen Kajang dlu
Haaa syoknya pergi Medan. X leh bawak anak-anak ek?
Pergi atas urusan kerja. Sambil makan angin.
best nyer g melancong.. huhuhu
Alhamdulillah rezeki :)
Renew passport nak balik lombok ke bro?
Lebih kurang la, napa? Ada yang nak gua bawa balik ke sana ke?
rebiew, kalau ke kaunter paling cepat pun 2jam tapi sampai 2 hari tu pelik la. apapun tahniah dapat sponsor melancong.
Xpasti sebab apa 2 hari. Rasanya sebab mesin mereka kot, dan mereka terpaksa siapkan passport dekat tempat lain
Alhamdulillah Bro.. Tahniah. Seronok melancong ni.. :)
Tapi tak berbaloi juga jika renew passport then hanya sekali sahaja guna
so far tak pernah keluar negara so rasanya husna punya passport mmg tak pernah wujud lah kot kan.. hahaha..
tahniah bro!! nnti share gambar kat sana ye.. nak tgk tmpat org..:)
Oh, tak pe.. Nanti bila sampai masanya, harap dipermudahkan urusan nak buat passport ek
bestnya ke Medan…..
kat mana-mana pejabat imigration sememangnya penuh sesak dengan orang ramai…..perlukan tahap kesabaran yang tinggi….erm
Tapi ramai juga yang tak sabar… Ambil no, bila nampak lambat lagi. Chow terus balik, tue yang tengok no makin banyak bezanya, tapi orang dalam tue tak seramai macam jumlah giliran yang ada
tak leh gi sana. sebab ada kerja lain. hoho
Masing-masing ada tanggungjawab memasingkan :)
sebut pasal passport ni.. teringat passport deno yang hilang.. deno lupa letak mana, yg jadi masalah plan nak g singapore bulan 12 ni… yang deno ingat passport dah expired akhir tahun lepas…
soalan deno kat sini… bro rasa deno perlu buat apa, deno perlu pergi buat yg baru je la kan? hehe
Yup pergi buat yang baru tapi kena report bgtau passport lama dah hilang. So mereka boleh cancelkan passport lama dan detail dalam itu… Takut ada orang lain gunakan je
saya tak pernah lagi buat passport..suatu hari nanti mungkin..huhu