Nie nak habaq pada korang semua, jangan lupa sertai cabaran memandu yang akan menguji sejauh mana kebijaksanaan anda menggunakan minyak sewaktu memandu.
Sekiranya anda berjaya mengamalkan beberapa tip Shell FuelSave, anda mungkin akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 20,000.
Shell FuelSave Challenge 2014
Shell FuelSave Challenge 2014 dianjurkan oleh Shell Malaysia Trading Sdn Bhd.
Jika anda berminat untuk meningkatan penjimatan minyak anda, apa kata anda daftar dan sertai Shell FuelSave Challenge 2014.
Anda hanya perlu mendaftar sekarang di www.shell.com.my/fschallenge. Mana tahu anda terpilih untuk menyertai cabaran ini.
Anda akan memandu kereta yang disediakan oleh pihak penganjur iaitu Hyundai Elantra 1.6 mengikut laluan tertentu dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Pemilihan pemenang berdasarkan penjimatan petrol sepanjang cabaran berlangsung. Bukan mengikut masa terpantas, tetapi kena tamatkan cabaran dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Jadual Shell FuelSave Challenge 2014
Untuk cabaran kali ini, terdapat 4 lokasi dipilih.
Pusingan akhir dijadualkan berlangsung pada 18hb Oktober 2014 di Hotel Saujana Subang, Subang Jaya. Perubahan lokasi dan masa akan dinyatakan kelak (sekiranya anda)
Bagaimana Cara Menyertainya
Anda perlu mendaftar di www.shell.com.my/fschallenge dan tunggu undangan dari pihak Shell sekiranya anda terpilih.
Pastikan anda berusia diantara 21 hingga 60 tahun dan memiliki lesen memandu tempatan atau antarabangsa yang sah (bukan lesen terbang) dengan pengalaman memandu sekurang-kurangnya 2 tahun (bukan 2 tahun baru sekali dua je memandu).
Tiada rekod kesalahan memandu atau disabitkan sebarang tuduhan atau sebarang saman yang masih belum jelas.
Hadiah yang ditawarkan :-
- Seorang (1) pemenang Hadiah Utama x RM20,000 tunai
- Empat (4) pemenang Kawasan x RM2,000 tunai
- Tiga Puluh Enam (36) pemenang Sagu Hati x RM300 tunai
Apa tunggu lagi, daftar sekarang di www.shell.com.my/fschallenge
Minya Shell menjadi pilihan untuk perjalanan jauh. Jimat dan berkuasa.
En suami selalu isi minyak ngan shell..boleh suruh die masuk..hihi
ok.. bab saman belum jelas tu husband saya fail..hahaha…
Saya tak pernah menang.mungkin kali ni nasib saya berubah