Nasi Ambeng hidangan istimewa orang Jawa.
Antara favorite Bro sewaktu bulan puasa. Darah Jawa masih mengalir dalam badan Bro, begitu juga dengan puan isteri.
Hari ini, Bro nak promote Nasi Ambeng milik ayah kepada kawan Bro yang sedang berniaga di Bazar Ramadhan, Bandar Sri Damansara.
Apa istimewanya Nasi Ambeng di Bazar Ramadhan, Bandar Sri Damansara.
Nasi Ambeng dekat memana pun sama sebenarnya. Tetapi ada sesetengah intipatinya berbeza. Ada sesetengahnya letak ikan masin, ayam goreng etc.
Tetapi menu Nasi Ambeng disini adalah – Nasi putih, Sambal Goreng, Mee Goreng, Serunding dan Ayam Masak Kicap pada harga RM6 sebungkus.
Seperti mana yang Bro tahu, ianya merupakan resepi original dari Sabak Bernam (So Jawa sebelah sana). Anda juga boleh minta tambahan lauk seperti ikan masin, tempeyek atau lauk lain untuk tempahan (bagi mereka yang berminat nak buat tempahan seperti yang Bro akan nyatakan dibawah).
Semua bahan disediakan sendiri oleh En. Arwani Ja’far (ayah member Bro).
Antara menu lain yang turut dijual disini – Nasi lemak ayam berempah, sup tulang, sup daging, bakso, mee sup, bihun sup.
Jika anda mengidam nak perkena Nasi Ambeng untuk berbuka puasa,
Anda boleh datang ke Bazar Ramadhan Bandar Sri Damansara, Persiaran Meranti, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200, Kuala Lumpur (Sekiranya anda berada berhampiran atau terlalu area sini)
Sekiranya anda ingin buat tempahan untuk majlis sama ada di bulan Ramadhan atau selepasnya. Anda boleh hubungi En. Arwani Ja’far di talian 016-502 4254
jawa pun jawa lah…janji rock !
Bro jawa tapi tak reti cakap jawa… Adik reti la
Masih ada juga Nasi Ambeng berharga RM6 sebungkus dekat Bandar Sri Damansara… Kira ok juga tu… Tak adalah mahal sangat…
Dekat Tasik Puteri, Rawang – RM6 juga…
Standard harga kot rm6 tu. Lauk pn byk. Hehe
nasi ambeng mnakan time kenduri..sodappp
Waktu kerja di media prima dulu, pernah makan nasi ambeng time berbuka puasa di surau media prima. memang banyak dan sedap.
Rm6 sebungkus tu memang berbaloi bro.
Tahun lepas ada peluang merasa tetapi tahun ini belum lagi.
looks tempting…tp x pernah rasa lagi …..
Nasi ambeng memang best, kalu kenduri di batu pahat. Mesti disajikan nasi ambeng satu dulang makan ramai2 sedap dia lain macam hehe.