Masa Depan
Bila umur deh jejak 3 Series, mula banyak benda bermain dalam fikirkanku.
Jika dulu, aku lebih banyak fikirkan apa yang bakal aku hadapi esok, lusa ataupun minggu depan.
Sekarang,
Aku lebih banyak fikirkan tentang esok, lusa ataupun minggu depan yang perlu aku sekeluarga hadapi.
Bukan setakat itu, bahkan tahun depan, 2 tahun depan, 5 tahun depan, 10 tahun depan ataupun ketika aku sudah tiada nanti.
Tanggungjawab dan amanah yang aku pikul ini, tidak sepatutnya terhenti. Aku perlu persediakan yang sebaiknya buat mereka walaupun tika itu aku sudah tiada.
Cukup ke harta yang aku tinggalkan?
Cukup ke ilmu agama yang aku terapkan?
Cukup ke perlindungan yang aku berikan?
Cukup ke kasih sayang yang aku semaikan?
Cukup ke….?
Ini kerana, perkara ini yang bakal aku jawab kelak disana. Yup disana….
Dan jawapan itu bakal disahkan oleh anak dan isteriku. Aku tak mampu nak menipu di depanNya kelak. Segala amalan aku dihitung, cukup kah?
Segala dosa isteri dan anak ku sewaktu mereka dibawah tanggunganku dihisab juga. Menambahkan lagi dosaku yang sedia ada. Banyak kah?
Jika nisbah dosa dan pahala boleh ditunjukan sewaktu kita didunia ini dengan adanya pencatit alaman disebelah kanan mahupun kiri kita. Sebelah mana yang lebih terserlah kecenderungannya.
Waktu itu, mungkin terasa peritnya dan menangis kita bila difikirkan masih mempunyai masa untuk memperbaiki kesilapan yang sedia ada. Allah Maha Besar, Maha Agung dan Maha Mengasihani….
betul…
Dah mula kena titikberatkan masa depan yang jauh kedepan..
Thanks untuk entri ni bro! :)
Nak fikir pasal masa depan dengan yuyu leh? he..23x
ye la bro..bertapa risonya bila fikirkan pasal tu..hari ke hari kita pn kena tambah ilmu utk bekalan di sana..
bertindak dari sekarang.perkongsian yang menarik bro :)