April 23, 2025

Kali Terakhir Aku Melihat Senyuman Mu

Aku sendiri lupa,

Bila kali terakhir aku melihat senyuman mu.

Bukan senyuman kamu saja. Senyuman dia, senyuman mereka, senyuman semua.

Walaupun anda masih tersenyum, ketawa, bahagia. Aku bagaikan tiada di sana, tiada langsung di sana.

Jika aku tiada,

Anda tetap mampu tersenyum.

Walaupun ramai yang memperhebatkan aku, aku tetap bukan sesiapa.

Aku gah di khalayak ramai. Di hati kamu, dia, mereka, aku hanya watak sampingan yang tidak mampu menghidupkan suasana.

Memang layak aku digelar “begitu” oleh teman-teman kamu, sebab aku bagaikan orang bodoh bila bersamamu. Sedangkan kenyataan, aku lagi gah berdiri di tempat aku sendiri dari berada di sisi mu.

Ya, aku tahu,

Aku tidak sepatutnya berada di sisimu untuk melihat kau tersenyum bukan kerana aku.

Aku tidak mampu tersenyum, thank pada mereka yang sedar kali terakhir mereka melihat aku tersenyum. Itulah senyuman terbaik yang mampu aku sedekahkan buat kalian

  1. Nami Namia : Minggu lepas semasa Gath di Shah Alam
  2. Nurul Ain : Beberapa hari lepas semasa lepak di Putrajaya
  3. Eyqasara : Bulan 4 tahun ini, di depan kaunter pertanyaan
  4. Adish Shida : Minggu lepas di Pangkor
  5. Iera Kan : Sebentar tadi semasa bersama kelaurga berkumpul
  6. Hanie Kunie : Di Pangkor semasa aku mengucapkan terima kasih
  7. Sharidawati : Event dekat D’curve

Terima kasih kerana sudi menyatakan kali terakhir anda melihat aku tersenyum

Kredit pic : Ruzz Ezzani – Aku harap senyuman yang terukir diwajahmu kekal walaupun tika aku sudah tiada. Bukan senang nak tangkap gambar cam nie.

Mahal tau, jangan lupa transfer duit dekat akaun bro

Bicara Bro : Aku ingin tersenyum. Tersenyum sebelum aku menghembuskan nafas terakhirku. Sama seperti arwah nenekku.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Kali Terakhir Aku Melihat Senyuman Mu

  1. senyum tak perlu kata apa2….

    senyum itu satu sedekah yang paling mudah utk kita dapat pahala….tetapi kena ikhlas…jgn senyum plastik plak..

    typo itu indah…keluarga la bro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *