Banyak ilmu yang dipelajari sewaktu menghadiri KLTCC2014 yang berlangsung di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur pada 22 – 24 April 2014.
KLTCC 2014 atau lebih dikenali Kuala Lumpur Trade & Copyright Centre, merupakan medan penulis dan publisher dari pelbagai negara seperti Indonesia, Thailand, Singapore, Vietnam, Brunei, China dan lain-lain berkumpul.
Salah satu slot yang menarik perhatian Bro adalah : E-Book. Antara panel yang dijemput untuk sesi ini adalah :-
- Puan Norhayati- Kotabuku
- Encik Faiz Al-Shahab – e-sentral.com
Perkongsian dari Encik Faiz Al-Shahab membuka mata Bro bahawa blogger seperti Bro mampu jadi penulis dan menerbitkan buku dalam bentuk elektronik tanpa perlu melalui mana-mana publisher.
Paling penting boleh memohon ISBN untuk e-book tersebut secara dalam talian.
E-book tersebut boleh dijual melalui laman web www.e-sentral.com dan anda boleh meletak harganya sendiri sama ada dalam Ringgit Malaysia (MYR), US Dollar, Singapore Dollar mahupun Rupiah.
Setiap pembelian e-book anda yang berjaya, hanya 35% sahaja diambil oleh pihak e-sentral. Maka keuntungan yang mampu anda perolehi dari setiap penjualan e-book anda – 65%.
Terdapat beberapa publisher yang sedia ada juga menjual buku mereka dalam bentuk e-book di sini.
Melalui perkembangan semasa, boleh dikatakan bahawa masyarakat sekarang kurang membaca buku. Mereka lebih suka membaca melalui telefon pintar mahupun tablet.
Maka e-sentral juga mengeluarkan applikasi mereka sendiri untuk platform Android dan juga iOS. Dimana ebook yang dibeli boleh dibaca terus melalui telefon pintar mahupun tablet.
Semua karya yang anda hantar dilindungi dan e-sentral berdaftar dengan ePub dalam melindungi hakcipta karya anda.
Encik Faiz Al-Shahab juga ada menyatakan beberapa pemilik buku-buku indie menggunakan perkhidmtan yang disediakan oleh e-sentral sebagai tapak untuk memperkenalkan buku mereka.
Bagi anda yang ingin menulis e-book sendiri. Anda boleh menggunakan perkhidmatan percuma di publisher.e-sentral.com
Bagi sesiapa yang biasa menulis blog, Bro rasa mungkin tiada masalah untuk menggunakan sistem ini untuk menulis e-book pertama anda. Anda boleh muat naik cover ebook anda dan ianya akan selamat disimpan dalam sistem melalui cloud.
Maka bila-bila masa dan dimana jua, anda boleh access secara online untuk mengemaskinikan e-book anda sehingga ianya di publish.
Dan ianya adalah percuma.
Anda boleh refer pada video tutorial ini untuk memahaminya.
Info yang menarik. . Semoga saya berjaya menghasilkan ebook ke 3 Pada tahun 2014. .
Alhamdulillah, tahniah… Macam nak tulis ebook, tapi tak tahu nk tulis pasal apa
Salam singgah dari Segmen Mialiana :D
kat mana eh aku terbaca pasal e-sentral ni dulu..hohho..
Bila hang baca pasal dorang ek?
Assalamualaikum sheila datang blogwalking daripada blog kak mia liana http://www.mialiana.com/2014/04/senarai-url-blog-3.html
nak try jugak lah ;)