March 28, 2024

Belia Bangunkan Teknologi, Ilham Kejadian MH370

ilham kejadian MH370
Seramai 100 belia berkumpul pada hujung minggu lalu dalam misi mencipta teknologi yang dapat membantu dalam operasi pencarian pada masa akan datang.

Dalam program Makeweekend Robotik, para belia telah membina 16 buah robot autonomi yang berbeza untuk tujuan mencari dan menyelamat.

Menurut Kal Joffres, Pengasas bersama Makeweekend.

“Kebanyakan operasi pencarian memerlukan kita memerhati ke luar tingkap kapal terbang dan mencari di kawasan yang luas dan jauh. Robot tanpa pemandu yang berfungsi secara autonomi ini mampu meningkatkan usaha pencarian dalam kawasan yang lebih luas dengan lebih pantas.”

Dengan penggunaan proses Makeweekend yang digelar ‘rapid product development’, kesemua pasukan berjaya membina robot dalam masa hanya dua hari.

Selama dua hari, para peserta menjalani kursus intensif dalam pembinaan robot dan menggunakan bantuan pencetak 3D dalam membentuk bahagian-bahagian robot mereka. Setiap robot mempunyai komputer induk yang telah diprogramkan dengan menggunakan pendekatan berbeza untuk tujuan mencari dan menyelamat.

Apa itu Makeweekend?

ilham kejadian MH370

Makeweekend adalah program intensif yang melibatkan penyertaan awam secara bersama dalam menyelesaikan cabaran besar selama dua hari.

Cabaran-cabaran ini merangkumi peningkatan pendidikan dan peningkatan bantuan bencana.

Pasukan yang memenangi cabaran misi mencari dan menyelamat ini terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia dan Kolej Taylor.

Mereka membina sebuah robot menyerupai Wall-E yang mempunyai kepala boleh berputar dan dilengkapi dengan sensor untuk mengesan halangan di sekelilingnya.

Manakala, lima orang pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan dari Kolej Inti mendapat ilham daripada konsep “kotak hitam”; memutuskan untuk membina sebuah kotak hitam kos rendah bagi kereta yang boleh mengesan kemalangan serta kerosakan pada kereta serta terus memberi maklumat lokasi secara automatik kepada ahli keluarga.

Pasukan yang menang akan menerima sokongan tambahan dari segi perkhidmatan pencetakan 3D dan bahagian-bahagian elektronik. Projek-projek ini akan dipamerkan di Majlis Pelancaran Inovasi Global Malaysia dan Pusat Kreativiti (MaGic) pada bulan April kelak.

Acara ini telah dihoskan oleh Wakalab, selaku cawangan belia & komuniti Media Prima Digital di Bangsar serta rakan kongsi utama termasuklah MaGIC, Makerzone, dan Makespace, yang juga menyokong acara ini dan menyediakan perkhidmatan percetakan 3D

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Belia Bangunkan Teknologi, Ilham Kejadian MH370

  1. Salah satu inisiatif untuk membantu mencari pesawat yang hilang..jika rasionak projek tu mungkin boleh dibuat model untuk mencari dan menyelamat..

  2. Harapkan satu hari Malaysia mencipta Drone seperti milik Amerika yang mampu terbang tanpa juruterbang. Drone milik Amerika ini mampu membawa peluru pandu dan misi risikan.

    Hairan juga kenapa Amerika tidak hantar drone bantu misi mencari MH370?

Leave a Reply to faizalpj Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *