March 29, 2024

Meet The Next GALAXY – Samsung GALAXY S5 Diperkenalkan

Meet The Next GALAXY - Unpacked 5
Tweet dari Samsung tentang Meet The Next GALAXY – Unpacked 5

Pihak Samsung bakal mengadakan acara Unpacked 5 mereka pada minggu ini di acara Mobile World Congress di Barcelona. Kebarangkalian merupakan Samsung GALAXY S5.

Galaxy S5 dikatakan akan membawakan rekaan kalis air dan debu – lebih kurang seperti peranti dari Sony.

Galaxy S5 akan menggunakan skrin bersaiz 5.2-inci dan membawakan paparan yang lebih jelas berbanding Galaxy S4

Selain daripada kemaskini spesifikasi dan fungsi baru, pihak Samsung dikatakan akan turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada telefon pintar baru mereka ini.

Galaxy S5 bakal mengekalkan butang fizikal, dan sokongan pengimbas cap jari ini dikatakan akan disertakan pada butang Home peranti berkenaan. Pengguna dikehendaki untuk swipe jari untuk menggunakannya, dan bukannya ia berfungsi seperti pada iPhone 5S.

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Samsung di acara Mobile World Congress pada 24 Februari ini di Barcelona, dan telefon pintar Samsung Galaxy S5 dijangka diumumkan ketika itu.

Bicara Bro : Lambakan produk Samsung dalam pasaran buat Bro banyak ketinggalan tentang perkembangan terkini mereka.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Meet The Next GALAXY – Samsung GALAXY S5 Diperkenalkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *