Setelah berbulan iPhone 5 Bro rosak, baru tergerak hati nak hantar repair.
Sebelum ini pernah hantar repair, tetapi tertiba iPhone elok kejab. Macam tiada apa-apa masalah. Cuma kali ini, Bro bertekat untuk hantar terus. Rosak ke tak rosak, tetap perlu check.
Nampak macam iPhone ini mengada-ngada macam kereta juga.
Start jadi macam nie, bila hari itu Bro tergerak hati nak beli iPhone 5s. Terus merajuk iPhone 5 ini (gila sensitif dia nie he…23x)
Maka Bro memilih untuk hantar ke Apple Repair Specialist – iMalaysian.com (bukan hantar secara online – tetapi terus ke kedai mereka).
Segala masalah pada produk Apple, anda boleh hantar ke sini (jika masih bawah warranty, memang tidak digalakan hantar ke sini – habiskan duit korang je).
Untuk diagnosis apa masalah pada produk Apple anda, hanya dikenalkan kadar rata – RM80. Ini tidak termasuk kos tukar alat ganti dan lain-lain (jika ada).
Ini patung Steve Jobs yang Bro jumpa di kaunter. Eh awek yang jaga kaunter pun comel je orangnya.
Disini Bro kongsikan beberapa lokasi jika anda memerlukan kepakaran seperti mereka ini :-
PJ & KL – eCurve
Lot 1-29, First Floor, eCurve No. 2, Jalan PJU 7/3 Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: +603-7733 4323
Gurney Plaza, Penang Island
Lot 170-03-42, 3rd Floor, Gurney Plaza, Persiaran Gurney, 10250, Penang.
Tel: +604-226 8323
Kedah – Village Mall
Lot 1-20A, 1st Floor, Village Mall, Jalan Legenda 1, 08000, Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Tel: +604-421 5129
Bicara Bro : Dah 2 hari tak dengar khabar berita tentang iPhone Bro. Bila la dorang nak call kata “iPhone dah sihat, dan boleh keluar wad hari ini”
Jika anda ingin mereka siapkan cepat, anda akan dicharge RM100 sejam mengikut jumlah jam yang diperlukan untuk repairkan ia.
banyak cekadak Iphone nie…tukar jer ke samsung ler bro…
He..23x Kalau bro pakai samsung lagi cepat jahanam… :)
banyak betul cas..kalau RM100 sejam..urmm..rela tunggu lama la..hehe
So tunggu la lama sikit. Makan hari je… Kalau hantar kedai bawah warranty, ia makan minggu pula
Check saje dah RM80. hoho..boleh tahan gak ni.
Lebih kurang macam deposit la nie….
insyaAllah nti diorang kola lah tu ;)
Tue la.. masih menunggu lagi nie
Baru ini saya baru sahaja DIY tukar bateri dan baiki contact kable speaker iPhone 3G. Beli alat ganti dari lelong dan dapatlah panjang hayat iPhone 3G untuk sekurang-kurang 2 tahun lagi. :-)
Perkhidmatan yang cekap dan mesra pelanggan :)
Salam, boleh x baiki skrin mac book air yg telah pecah.berape harga baiki
Rasanya boleh, try la hantar.. Tapi harga boleh tahan jugak la
iPhone 6 Plus lcd new price