October 10, 2024

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2014

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya
Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2014 kali ke-6 bakal berlangsung selama empat hari dari 27 hingga 30 Mac depan di Presint 2, Putrajaya.

Fiesta ini bakal menampilkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang lebih menyeluruh di Asia Tenggara dan turut menampilkan Putrajaya di peta dunia sebagai destinasi utama pertunjukan acara belon udara.

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2014 ke-6 ini dianjurkan AKA Balloon Sdn Bhd, Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Majlis Sukan Udara Malaysia (MSAF).

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya

Ia memuatkan pelbagai aktiviti padat, selain aktiviti sampingan dan acara kecil yang sesuai untuk setiap lapisan usia, dari tarikan penerbangan seperti menaiki helikopter yang diadakan pada Sabtu dan Ahad sehinggalah menaiki belon udara panas setiap hari.

Orang ramai boleh mendekati dunia belon udara panas melalui anjuran sesi temu bual dengan juruterbang belon antarabangsa yang sedia berkongsi kisah pengembaraan udara mereka dan minat mendalam terhadap belon udara panas.

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya

Tapak Perkelahan (Picnic Area)

Ianya pertama kali diperkenalkan dalam edisi 2014, dimana terletak beberapa meter dari Zon Biru – Tapak pelancaran belon udara panas dan Zon Cabaran Mountain Dew.

Kawasan diliputi rumput hijau dengan pemandangan menghadap Tasik Putrajaya.

Belon Udara Panas Putrajaya

Atas permintaan ramai, acara hebat ‘Night Glow’ iaitu belon udara panas dan lampu ‘strob’ dinyalakan serentak diiringi muzik popular, diperkenalkan kembali ke fiesta ke-6 ini sebelum persembahan bunga api.

Maklumat lanjut mengenai fiesta ini boleh diakses menerusi laman www.myballoonfiesta.com atau di Facebook, Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta dan akaun Twitter @myballoonfiesta serta Instagram @myballoonfiesta.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *