July 6, 2020

Anak Permata Hati Anugerah Allah SWT

Anak Anugerah Illahi Permata HatiNur Elfisha

2 bulan setengah hadir dalam hidupku, menceriakan hidupku bersama puan isteri.

Menjadi amanah dan tanggungjawab keatas diriku selalu bapa dan bakal walimu.

Permata hati yang dianugerahkan oleh Allah SWT sewaktu aku mencari kekuatan diri dengan kejadian yang menimpa diriku.

Sejak kehadirannya, Kehidupan aku mula berubah.

Banyak benda yang perlu aku korbankan dan masa yang aku miliki terasa amat bernilai untuk dibazirkan tanpa mendatangkan apa-apa faedah kepada diriku, keluargaku mahupun agama, bangsa dan negara (ceh wah.. tapi ini memang kenyataan).

Seronok tengok dia tidur pun sempat tersenyum.

Merengek-merengek bila nampak diriku, terus stop dan beraksi seperti ingin didukung oleh diriku.

Fisha Tidur

Belum lagi saat berbual denganya walaupun satu haram perkataan yang dikatakan olehnya tidak aku fahami.

Yang aku perasan, walaupun dia baru berumur 2 bulan. Beliau suka mengajuk tiap kali aku memanggil namanya. Gayanya seperti berusaha untuk menyebut namanya sendiri.

Betapa besar dan agungnya kuasaMu.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Anak Permata Hati Anugerah Allah SWT

  1. Syukur alhamdulillah. . Anak bro dah berumur 2 bulan sekarang ni. . Semakin membesar, semakin comel saya tengok. . Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. . Hehehe. .

  2. Alhamdulillah, rezeki bro. Memang bila ada anak, memang kehidupan berubah. We become so amazed at Allah SWT’s greatness in allowing us to take care of a miracle.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *