Terbaca perkongsian seorang rakan blogger di blog beliau.
Rasa nak menitis air mata bila baca keadaan neneknya yang berada jauh darinya.
Beliau memerlukan jasa baik rakan-rakan meringankan bebannya dimana dia memerlukan dana untuk menghantar nenek ke doktor pakar .
Bro sendiri dulu pernah ada nenek yang rapat dengan Bro.
Menjaga Bro dari kecil sampai ke besar. Malangnya dia tidak dapat melihat Bro beristeri. Terkilan sangat rasanya.
Paling terkilan,
Sewaktu dia pergi,
Bro sendiri tiada disisinya dan lama sangat Bro tidak berjumpa walaupun nenek tinggal bersama dengan mak ayah Bro.
Bro tak nak apa yang terjadi pada diri Bro terjadi pada orang lain.
Bagi rakan-rakan yang sudi membantu. Bro harap anda singgah ke blog beliau dalam masa yang sama membantu beliau.
Buat masa sekarang, hebahan melalui blog dan facebook sahaja mampu Bro buat.
Murni usaha bro..insyallah
Mana yang bro boleh tolong, bro akan tolong.
semoga ada yang sudi membantu…..
tiba2 teringat nenek di kampung…
Dah buat juga utk hebahkan kepada blogger tp dihujung entri je
SA dah xde nenek…arwah nenek SA meninggal pada 30hb August2008 masa tu SA diatas pentas sedang mengacarakan event untuk malam Ambang Merdeka di Seremban….