Genap usia puteri sulung kami 8 hari yakni pada 11 November 2013 bersamaan dengan ulang tahun pertama kami suami isteri naik pelamin.
Bro telah berjaya (sebelum ini gagal) mendaftar kelahiran beliau di Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Tanjung Malim.
Ramai yang bertanya, “apa nama anak”
Maaf sebab bro tak reveal awal. Bukan nak bajet artis ke retis ke apa. Cuma nak jaga privasi anak yang baru dilahirkan.
Nak pastikan nama yang kami berikan tidak terlalu berat untuk dia. Kalau berat, risau daftar nama lain, panggil dia nama lain (orang tua punya nasihat).
Tak perlulah korang dok pergi tanya sama Ben Ashaari (walaupun dia pernah datang melawat) sebab dia sendiri pun Bro tak beritahu nama si anak ini.
Nur Elfisha Binti Syukri
Itu nama yang Bro dan wife – Iera Kan beri kepada anak kami. Korang boleh panggil Fisha.
Bicara Bro : Baru sehari tak berjumpa, terasa rindu pula dengan si kecil ini. Dia lebih manja dengan Bro berbanding dengan ibunya.
Semalam balik-balik rumah Rawang, tercium bau dia dekat muka pintu. Ikut hati nak je balik Perak terus. Tapi tak larat nak berulang hari-hari ke KL kan.
Boleh tuka jadi elfisha loy..hehe
Kenapa kena di Loy kan?
Tahniah Bro
Setuju ngan Hafiz
Elfisha Loy pun menarik gak
Heheheh
Tak nak la ikut orang.. Nanti jumpa Elfira Loy dia cakap itu adik dia…
Tahniah Bro. Cantik nama anak.
Harap secantik sifat dan keperibadian dia :)
Tahniah bro..klu dah ada anak sendiri ni,mmg klu blh rasa nk sentiasa dekat je dgnnya
Harap macam tue la.. risau juga tertiba menyampah dengan anak sendiri kan…
Tahniah bro n kak Iera :)
Comel nama Fisha secomel tuannya =)
Yana pun comel juga.. ok bye…
pengalaman baru menjadi seorang bapa kan bro..tentu seronok…
Moga seronok sampai dorang dah besar ek.. Harap Bro boleh jadi bapa yang penyayang :)
lucu sekali…….
jadi pengen gendong sayaa
salam kenal dr aunty ya baby….
sedap sungguh nama putri bro.
harap bukan sedap pada nama je.. ada makna pada namanya.. doa mak ayah dia.
assalamualaikum fisha,
semoga membesar dengan baik dan jadi anak yg solehah buat ibu dan ayah..hehe tahniah juga buat bro dan iera :)
p/s : nasib bukan letak oshin iera. lol !
Macam pelik je Nur Oshin Iera he..23x then xtau apa maknanya…
tahniah bro… comelnya nama baby… baby girl bro sama hari baby boy kakak kita… hheheheh…
tahniah bro sedap nama tu
tahniah… sy beranak awal sikit
Alhamdulillah dan tahniah bro. memang cantik nama. semoga jadi anak yang solehah besar nanti.
hu3..semoga fisha menjadi anak yg solehah
Alhamdulillah.. Sedap nama tu.. :)
Alhamdulillah…semoga Elfisha membesar secantik nama dan sejelita ibunya dan sebaik papanya…hahaha…baik ke bro?baik kannnnn…..
tahniah bro & kak iera!
alhamdulillah.. moga Fisha membesar menjadi anak yg solehah.. :)
Alhamdulillah..tahniah bro dan kak iera,smoga adik Fisha menjadi anak yang solehah,taat kpd suruhanNya dan ibu bapa..nama anak bro nak dekat sama dengan nama anak kak irine,Fiska..hehehe
Tahniah…
Semoga jadi heroin yg solehah..
Unik nye nama!!! Nice2!!
Zaman sekarang pasangan muda suka nama panjang sehingga 3 perkataan. Sampai susah hendak sebut dan masuk tahun satu hendak menulis nama sendiri untuk anak akan memberikan kesukaran kepada si anak.
Apa pun telah diberi nama baik-baik.
boleh tahu tak apa makna nama elfisha tu bro..? klo tak kisah lah huhu :-)
sebelumnya selamat ya atas kelahiran buah hatinya … nama yang cukup bagus tu